Senator Syed Husin Ali : Lompat Parti Proses Pencucian Parti

Timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali meminta perwakilan parti supaya bersikap positif ke atas tindakan "lompat katak" yang dilakukan beberapa pemimpinnya sebelum ini. Berucap semasa merasmikan kongres sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu malam ini, Syed Husin mengakui sebahagian daripada pemimpin tersebut kecewa dengan PKR.

Kata Syed Husin, beliau akui di antara mereka yang keluar itu merasa kecewa dengan parti tetapi
tegas beliau kebanyakannya yang melompat mempunyai masalah peribadi. Ada yang menghadapi masalah kewangan, ada yang marah tidak mendapat apa yang mereka mahu dari parti ataupun dari kerajaan yang dipimpin parti.

Tambahnya, ada di kalangan pemimpin itu juga tidak dapat bekerjasama dengan anggota dan pemimpin bawahan parti. Selain itu ada pula yang gagal menjalankan tugas sebagai "wakil rakyat" dan sebagainya. Mereka ini mudah dibeli.

Beliau juga cuba meredakan kebimbangan di kalangan perwakilan berhubung perkembangan itu dengan mengatakan, jumlah pemimpin yang keluar parti itu tidaklah seramai yang didakwa, tetapi yang baru menjadi ahli parti lebeh  banyak dari yang keluar.

Tambahnya, perbuatan "lompat katak" itu juga diakui memberi kesan buruk namun dalam tempoh panjang ia sebenarnya dapat menyucikan parti tersebut. Jelasnya sebagai contoh, PAS dianggap akan tumbang oleh Umno apabila pemimpin kanannya meninggalkan parti itu, termasuk yang dipertuanya Asri Muda dan setiausaha agungnya Othman Abdullah. Namun sebaliknya PAS bertambah kuat.

"Jadi mulai sekarang kita harus tegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas anasir-anasir yang merosakkan parti," tegasnya.



Kembara Jr .....Aku setuju dengan Senator Syed Husin Ali ni pasal lompat. Dia kata lompat parti ni dalam jangka panjang ini merupakan salah satu proses mencuci parti.

Dari dulu lagi aku dah kata katak-katak yang lompat keluar PKR tu dari yang bukan jenis boleh dijadikan pemimpin, tidak ada jati diri, berjuang atas kepentingan diri dan juga tidak mampu menahan tekanan bila berhadapan dengan masalah. Mudah kalah. Jadi jenis ni kalau lompat parti pun aku kira bagi akulah teramat-amat baik, jadi yang tinggal saja yang betul-betul boleh jadi pejuang tulen. Kalau yang jenis lompat ada didalam lagi, puak-puak ini yang akan menjahnam parti kemudian nanti. Lebeh baik sebelum apa-apa lebeh buruk berlaku relakan lah mereka lompat. Ini lah yang aku maksudkan pembersehan parti selama ni......

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :