Pulau Pinang haramkan judi bolasepak : Bukti Pemimpin DAP Tidak Anti Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru yang diambil oleh kerajaan negeri.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.


Kembara Jr ..... Kalau dah haram tu tetap lah haram. Jadi aku harap kerajaan negeri dibawah pakatan rakyat cubalah memberhentikan perbuatan judi, apa-apa judi sekalipun. Memang sukar kerana kita mempunyai berbagai bangsa dan agama, tetapi sebagai pemerintah carilah jalan terbaik untuk memberhentikannya. Ibarat kata tarik rambut dalam tepong. Rambut jangan putus dan tepong tidak berselerak.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :