Liwat ll : Ditangguh ke 31 Mei


Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Mei hingga 4 Jun depan.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat penangguhan itu selepas dipohon peguam bela, Karpal Singh pada perbicaraan tertutup sebelah petang bagi membolehkan pihaknya melawat sekali lagi lokasi kejadian liwat yang didakwa berlaku.

Selain itu penangguhan ini juga bagi membolehkan pehak pembela mendapatkan lagi maklumat tambahan berikutan penolakkan hakim keatas permohonan Karpal untuk mendapatkan kenyataan beramaran daripada Saiful yang diberikannya kepada polis.

Terdahulu, mahkamah mengenepikan permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan beliau berhubung penolakan permohonannya bagi mendapatkan kenyataan saksi yang dibuat kepada polis.

Ketika bercakap kepada media di luar mahkamah Datuk Sri berkata beliau begitu kesal dengan keputusan hakim yang menolak permohonan karpal supaya perbicaraan kes tersebut ditangguhkan sementara mahkamah rayuan membuat keputusan.

Kembara Jr ..... Semoga pehak pembela dapat mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat tambahan dan bukti semasa penangguhan perbicaraan ini. Itu saja yang mampu menjadikan bahan pembelaan untuk Datuk Sri Anwar. Mengharapkan hakim dan perjalanan perbicaraan yang telus, "jauh panggang dari api".

Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :