Kongres PKR Mahu Dedah Rashia Katak Lompat

Selepas diaibkan sekian lama oleh sebahagian besar wakil rakyat yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Keadilan Rakyat dijangka membuat pendedahan balas sebab dan punca wakil rakyat lompat ini mengkhianati parti itu pada hujung minggu ini.
Beberapa pemimpin yang ditemui berkata, mereka menunggu kebenaran Datuk Seri Anwar Ibrahim siapa yang perlu membuat pendedahan, sama ada Datuk Seri Anwar sendiri ataupun pemimpin kanan lain. Pendedahan tersebut berkemungkinan dilakukan ketika Kongres Nasional Keenam PKR di Kota Baru nanti.

PKR merasakan parti sudah banyak bersabar selama ini dan rasanya sudah sampai masa untuk menjelaskan kepada perwakilan apa yang sebenarnya berlaku. Pendedahan tersebut akan membabit habuan yang mereka dapat dan punca mereka mengkritik kepimpinan parti dan mahu keluar parti. Disamping itu perwakilan juga akan diberitahu bagaimana usaha sedang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan seorang lagi Ahli Parlimen PKR.

Kongres dijangka membincangkan pendekatan untuk menangani masalah keluar dan lompat parti.  Minggu lalu Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh memberi tempoh notis sebulan kepada mereka yang ingin keluar parti sebelum pihaknya menjalankan proses penjenamaan semula selepas Kongres Nasional Keenam.




Kembara Jr ..... Berdiam diri bukan ertinya kalah atau betul apa yang katak lompat dakwa tentang keburukan PKR dan Anwar selepas mereka melompat selama ini, tetapi diam untuk mencari dan mengumpul maklumat dan bukti kenapa dan mengapa katak-katak ini melompat.

Dedahlah secepat mungkin biar katak-katak ni terima keaibannya pula setelah sekian lama mengaibkan PKR dan Anwar.  Juga biar rakyat sendiri tahu bagaimanakah sikap dan perangai katak-katak ini.

Hoit katak-katak !!!!!! lepas ni kau rasalah pulak malu diatas perbuatan kamu setelah sekian lama memalukan dan mengaibkan orang. Kamu rasakan bagaimana malu orang kamu aibkan begitulah kamu rasa nanti setelah perbuatan keji kamu diketahui orang. Rasakan...................

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :