Ketua Pembangkang Tuntut Penjelasan Kerajaan Serah 2 Pelantar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan di Parlimen minggu depan berhubung penyerahan dua pelantar minyak kepunyaan negara kepada Brunei. Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan isutersebut pada 8 Jun. Pada hari yang sama Ahli Parlimen Permatang pauh itu akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen.


Umno pasti akan menggunakan sepenoh kemampuan yang ada dalam parlimen bagi memastikan Datuk Sri Anwar dikenakan tindakan lantaran pendedahan Anwar yang kerajaan Umno-BN menggunakan kepakaran Zionis-Yahudi, khususnya dalam merangka konsep 1Malaysia yang mirip dengan program One Israel.

 Datuk Sri Anwar tetap akan mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang kaya hasil minyaknya, dianggar bernilai RM320 bilion kepada Brunei, walaupun beliau berhadapan berkemungkinan digantung dari parlimen.

Malaysia mendakwa Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, sebagai balasan pemberian itu,namun Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu. 


Kembara Jr .....Aku berharap kerajaan akan menjelas sejelas mungkin kenapa perkara sebegini boleh berlaku. Jangan sembunyi-sembunyi. Kenapa hendak disembunyikan dari pengentahuan rakyat??? Maklumat penting yang melibatkan negara sebeginilah yang rakyat hendak tahu. Janganlah hendak memperbodohkan rakyat. Rakyat Malaysia semuanya dah bijak pandai, boleh fikir mana betul mana salah. Rakyat tak mahu lagi lepas satu, satu kepunyaan negara jatuh ketangan orang lain.

Atau apakah ada sesuatu disebaliknya penyerahan 2 pelantar minyak ini. Kita tunggu penjelasan kerajaan nanti......

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn.....

0 Komen pengunjong :