Sah Satu Lawan Satu Di Hulu Selangor

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini akan memperlihatkan Datuk Zahid Ibrahim daripada PKR ditentang oleh Kamalanathan daripada MIC/BN ekoran penarikan diri dua calon bebas, V.S Chandran dan Johan Mohd Diah daripada bertanding. Penarikkan diri kedua-dua calon bebas tersebut telah disahkan sendiri oleh Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Surohanjaya Pilihanraya.

Kembara Jr ..... Menurut firasat aku yang tidak berapa cerdik ini, penarikan diri ini berlaku adalah taktik kotor yang dimainkan Umnongok/BN. Puak-puak ini seboleh-bolehnya mahu kedua-dua calon bebas itu menarik diri, kalau mereka meneruskan niat untuk bertanding sah dah undi BN akan berpecah kerana kedua-dua ini daripada MIC dan UMNO. Oleh itu Umnongok ini akan lakukan apa saja asalkan kemenangan memihak kepadanya.

Spesis yang dua orang ini pulak bukannya betul-betul nak bertanding. Bukannya nak membela rakyat, tetapi kerana dia sudah nampak peluang yang ada. Jadi, kononnya daftarlah masuk bertanding. Apabila ditawarkan menarik diri dengan imbuhan tertentu, apa lagi hentam sajalah. Bukan susah hendak senang, ikutlah kedua perangai spesis ini.

.....Lawannn.....Tetappp..........Lawannnnnnnn

1 comment :

  1. Satu lawan satu,
    cantik sangat lah tu.
    bertemu buku dengan ruas,bertemu harimau dengan khinzir,
    (yang harimau Pakatan Rakyat yg ... tu pikirlah sendiri)

    ReplyDelete