Ganjaran Lumayan Jika Ahli PKR Sertai UMNO


Kepada sesiapa ahli berdaftar PKR peringkat bawahan dan ingin mendapatkan wang segera atau "extra money" ketika ini, bolehlah berbuat demikian sekarang ini. Mereka bolehlah membuat pengumuman keluar parti dan bagilah alasan-alasan yang boleh menjejaskan PKR melaluii media elektronik atau media cetak. Ketika ini kerajaan UMNO BN sedang  berusaha sedaya upaya mencari seberapa ramai penyokong PKR untuk keluar parti. Bagi Umno BN inilah satu-satunya cara untuk BN memenangi pilihan raya Hulu Selangor dengan membuat hebahan yang PKR sudah tidak lagi diterima oleh rakyat.

Kembara Jr ..... Kepada semua penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, janganlah terpedaya dengan tektik yang dijalankan oleh Umno BN ini. Kuatkan semangat kita dalam memperjuangkan cita-cita kita. Duit yang ditawarkan tidak menjamin hidup kita dunia dan akirat. Jangan gelap mata kerana tawaran tersebut. Keluarnya beberapa pemimpin dan ahli PKR yang tidak bermaruah seperti itu sebelum ini sebenarnya lebeh memperkuatkan lagi PKR dan Pakatan Rakyat. Manusia seperti inilah yang merosakkan sesebuah parti sebenarnya. Semoga parti baru yang dimasukinya juga akan dirosakkan oleh katak-katak ini satu hari nanti. Oleh itu, tindakan keluar katak-katak ini adalah jalan terbaik dalam usaha membersehkan parti kita sebenarnya.

.....Lawannn.....Tetapppppp.....Lawannnnnnnnn................

0 Komen pengunjong :