Suatu Perkahwinan



Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut oleh Agama Islam. Untuk memenohi tuntutan tersebut pada December 2009 berlangsunglah perkahwinan adik saya dengan gadis pilihannya dari Sungai Buloh, Selangor.




Majlis akad nikah dan persandingan dipehak perempuan dilangsungkan pada 06/12/2009 di kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor. Akad nikah dilangsungkan pada pukul 10 pagi manakala majlis bersanding dilangsungkan jam 2 petang.




Bagi majlis menyambut menantu pula telah dilaksanakan pada 12/12/2009 di kampong Jambu Bongkok, KualaTerengganu, Terengganu.
Alhamdullillah syukur kepada Allah kerana kedua-dua majlis telah berlangsung dengan selamat.
Di majlis yang dilangsungkan, adik beradik, saudara mara dan juga sahabat handai dari kedua-dua mempelai telah datang beramai-ramai untuk meraikan hari bahagia bagi mempelai tersebut.








0 Komen pengunjong :