Apa Nak Buat Bila Pencen

Saya akan pencen pada 21/07/2011 iaitu 18 bulan dari sekarang. Buat masa ini saya adalah executive di salah sebuah kilang besi. Menyebut dan mendengar saja perkataan pencen saya sudah dapat bayangkan bahawa ketika itu saya sudah tidak lagi bekerja sebagaimana sekarang. Maknanya saya tidak perlu lagi bangun pagi bersiap untuk kepejabat dan tidak perlu lagi memikirkan hal pejabat. Saya hanya akan dudok dirumah sepanjang hari kecuali keluar ketika ada urusan sahaja. Memikirkan ini saya juga berasa risau kerana kalau tidak bekerja apa saya, isteri dan anak bongsu saya ( Sedang menunggu keputusan SPM ) nak makan, minum dan pakai untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini. Hendak bergantung kepada duit kumpulan simpanan pekerja,sampai bila? Dalam keadaan sara hidup yang tinggi ini sampai bila duit itu boleh bertahan kerana asik keluar sahaja, masuk tak ada. Untuk anak-anak lain tidak perlu difikirkan sangat kerana ketika itu masing-masing sudah ada tanggungjawab sendiri.
Mengingatkan kesemua ini saya rasa saya perlukan
pekerjaan. Selain menambahkan pendapatan untuk menampung sara hidup yang tinggi dapatlah juga saya menghilangkan kepuasan saya jika tidak bekerja. Ramai kawan-kawan saya yang sudah pencen menasihatkan agar saya mencari kerja jika pencen nanti. Boring katanya jika tidak bekerja. Bukan syok sangat dudok kat rumah. Sehari dua boleh lah. Setelah berbincang bersama isteri dan anak-anak kami telah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan. 
Cadangan pertama ialah melabur dalam perniagaan cyber cafe yang dikendalikan oleh anak saya sekarang ini. Saya lihat perniagaan tersebut amatlah menggalakan dan ada potensi. Cuma yang penting jalankan perniagaan tersebut mengikut lunas-lunas peraturan yang digariskan oleh pehak majlis tempatan. Jadi saya rasa lebih baik jika saya melabur dengan membuka lagi cawangan cyber cafe yang lain.


Cyber Cafe yang dikendalikan oleh anak



Cadangan kedua saya pula ialah menjalankan perniagaan penyediaan peralatan perkahwinan seperti menyewakan canopy, kerusi, meja, pelamin, membuat gubahan hantaran, makeup, pakaian pengantin, mengambil gambar dan lain-lain. Saya yakin perniagaan ini juga mempunyai masa depan yang cerah bagi saya kerana kepakaran gubahan, makeup, pakaian, jurufoto dan gubahan aku gunakan kepakaran yang ada pada keluarga ku. Jadi aku tak perlu mengupah pekerja lain untuk menjalankannya perniagaan tersebut.


Gubahan hasil kerja tangan keluarga



Canopy, kerusi dan meja






Peralatan pelamin pengantin




Jurufoto



Dianatara dua perniagaan yang dicadangkan, saya akan memilih satu yang betul-betul dapat menjamin masa depan saya. Saya akan memikirkan semasak-masaknya sebelum saya membuat keputusan.
Kepada saudara-saudara yang membaca tulisan saya ini jika ada pandangan dan nasihat sila lah berbuat demikian. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Saya mengharap pandangan dan nasihat tersebut untuk menafaatkan diri saya selepas pencen nanti.


1 comment :

  1. Salam saudara,

    Saya sangat berminat dengan tulisan saudara dan sebenarnya saya telah menulis berkenaan dengan pencen. Saya juga telah mengaitkan pencen dan wang kwsp. Utk pengetahuan saudara ramai persara hanya mampu bertahan dengan wang kwsp kurang dari 5-10 tahun. Selepas itu wang kwsp mereka habis. Izinkan saya utk link kan artikel saya itu supaya saudara dapat gambaran lebih jelas lagi: http://www.lamanweb.ws/pendapatan-pasif.html

    ReplyDelete