Melawat Negara Jepun

Saya memang telah lama menyimpan cita-cita untuk melawat negara Jepun. Keinginan untuk melihat sendiri kebenaran atas apa yang selalu diperkatakan tentang budaya kerja rakyat Jepun yang baik, negara yang bersih dan keindahan tempat tertentu di negara matahari terbit itu. Walaubagaimanapun cita-cita itu terbengkalai kerana masalah kewangan.
Selepas proses 'VSS' ( Sekim Perbenhentian secara sukarela ) di syarikat saya bekerja pada tahun 2002, saya ditawarkan untuk dipinjamkan ke sebuah syarikat Jepun yang  melakukan kerja-kerja dengan syarikat saya. Pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disurongkan bantal, kata pepatah. Saya terima tawaran tersebut dengan hati terbuka. Bagi saya inilah masanya untuk saya melihat, mempelajari dan mempraktik budaya kerja orang Jepun melalui belajar dengan mereka disini biarpun tidak dapat ke negaranya. Sepanjang bersama mereka saya amat kagum dengan cara kerja mereka dan sedikit sebanyak dapatlah saya mempelajari dari mereka.
Pada bulan April tahun 2008 berlaku satu kerosakan kepada salah satu mesin dikilang dan memaksa operasi kilang diberhentikan. Untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan membaikinya pehak pengurusan membuat keputusan supaya peralatan tersebut dihantar ke Jepun untuk dibaiki. Beberapa kakitangan juga perlu dihantar bersama untuk melihat dan mempelajari bagaimana mesin itu dibaiki nanti. Tiga orang telah dipilih dan saya adalah salah seorang diantaranya. Saya amat gembira kerana impian saya selama ini untuk melawat Jepun menjadi kenyataan.
Kami bertolak dari lapangan terbang KLIA ke Jepun pada pukul 10 malam dan sampai di lapangan terbang Fukuoka pukul 7 pagi keesokannya.


Di Lapangan Terbang Fukuoka
Sesampainya saya disana, saya amat terpegun dengan persekitaran lapangan terbangnya. Ianya amat bersih dan indah sekali dengan landscapenya. Sedap mata memandang. Benarlah kenyataan menyatakan Jepun menitik beratkan rakyatnya kepada kebersihan. 
Kami amat letih sekali kerana 8 jam berada dalam penerbangan dan ditambah pula dengan cuacanya yang sejuk ketika kami sampai. Saya dan dua lagi kawan terpaksa mengenakan jacket untuk memanaskan badan. Tanpa melengahkan masa kami terus mengambil teksi untuk ke hotel tempat penginapan. Menjadi kepujian saya ialah keramahan pemandu teksinya. Dia melayan kami dengan ramah sekali. Walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris dia masih boleh berbual dalam bahasanya ( Kami pun tak faham bahasanya ), bahasa yang diutamakan oleh rakyat Jepun. Berpandukan kepada peta yang kami tunjukkan pemandu teksi terus menuju ke destinasi kami. 
Sepanjang perjalanan kami ke hotel, kami dapati disepanjang jalan dipenohi dengan bunga-bunga sakura. Amat cantik sekali mata memandang ditambah pula dipersekitarannya yang bersih. Musim sejuk ini adalah musim bunga sakura kembang. Menjadi kegemaran penduduk Jepun menikmati keindahan sakura ini. Mereka beramai-ramai bersama keluarga keluar rumah untuk menikmati keindahan ini tanpa mengira masa. Sesampai kami di hotel selepas check in kami terus tidur untuk menghilangkan kepenatan dan keletehan.



 
Bunga sakura 

Ketika dikilang tempat dimana mesin kami dibaiki kami dapati pekerja Jepun amat menumpukan terhadap kerjanya. Semasa kerja mereka bekerja. Saya dapati mereka tidak mengambil kesempatan mencuri tulang untuk merokok atau minum semasa kerja. Mereka makan, minum atau merokok hanya semasa waktu rehat atau waktu makan. Itulah yang mengkagumkan saya. Satu budaya kerja yang amat baik untuk di ikuti. Mesin kami yang dibaiki siap dalam masa sebagaimana dijadualkan oleh kerana sikap kerja mereka.

Pekerja sedang menumpukan kerja

 Selain daripada itu satu pekara yang amat penting bagi orang Jepun ialah mementingkan waktu. Bagi mereka waktu itu amatlah berharga. Oleh itu janganlah kita hairan apabila kita ternampak mereka berlari anak ditepi jalan siang atau malam. Tujuannya adalah semata-mata untuk sampai kedestinasi yang ditujui tepat pada masanya atau sebelum masanya. Pada mulanya saya juga agak kehairanan melihat gelagat tersebut. Akhirnya saya tahu bahawa mereka itu sebenarnya mengejar masa. Selain itu pengankutan awannya juga boleh dipuji. Kenderaan awan akan sampai kestesyen tepat pada waktunya sebagaimana jadual waktu yang disediakan. Disinilah kelebihan yang ada pada orang Jepun.

Stesyen keretapi

 
Dalam Penerbangan Ke Jepun

Kali kedua saya ke Jepun atas urusan kerja ialah pada bulan Oktober 2009. Saya kesana kerana menghadiri satu  mesyuarat yang diadakan di Tokyo. Selepas mesyuarat saya berpeluang melawat keberapa tempat memenohi masa sebelum balik ke Malaysia. Diantara tempat yang dilawati ialah menara Tokyo. Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat saya rakam dari menara Tokyo.

  

 

Semoga saya ada lagi kesempatan untuk melawat Jepun dimasa akan datang. Masih banyak lagi saya perlu tahu dan belajar dari Jepun. Pekara yang tidak dapat saya lupakan ialah kebersihan bandarnya, keramahan rakyatnya dan budaya kerja yang baik dan perlu dicontohi.

0 Komen pengunjong :