Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Pada 10/10/2009 lebih kurang jam tiga petang aku dalam perjalanan balik dari cyber cafe anak ku diTaman Semarak Binjai. Aku memandu kereta kembara, kereta kesayangan ku. Apabila aku sampai berhampiran Jambatan Geliga aku dapati berderet-deret kereta bergerak dalam keadaan perlahan. Rupanya polis sedang membuat sekatan jalan raya dihadapan, satu kilometer dari jambatan.


Aku memperlahankan kereta mengekori deretan kereta didepan. Sampai saja diatas jambatan, dengantak semena-mena sebuah kereta melangar belakang kereta ku. Kuat juga dentuman bunyi kesan perlangaran tersebut. Akibatnya kereta ku mengelusur dan menghentak belakang kereta didepan dan kereta didepan ku juga mengelusur lalu melanggar kereta di depannya. Empat buah kereta kesemuanya terlibat dalam kemalangan tersebut.




Aku matikan engine kereta dan bergegas turun dari kereta untuk melihat keadaaan. Tiba-tiba pemandu kereta belakang (Perempuan ) dalam kebingungan datang kepada ku meminta maaf kerana katanya ia hendak menekan brake tetapi tertekan pedal minyak. Itulah sebab keretanya melanggar kereta ku. Aku nak kata apa lagi, terima sajalah maafnya. Lagipun semua sudah berlaku.




Setelah polis datang dan selesai mengambil gambar kemalangan, kami semua ke balai polis untuk membuat lapuran. Selepas itu aku hantar kereta ku ke bengkel untuk di baiki. Kereta kesayangan ku mengalami kemek di depan dan juga belakang. Tak lah teruk sangat tapi terlantar di bengkel hampir dua bulan.
Peristiwa ini aku rasa tidak akan ku lupakan kerana pengalaman pertama mengalami kemalangan dengan empat buah serentak. Syukur alhamdulillah kerana tiada diantara kami yang mengalami kecederaan.

0 Komen pengunjong :