Showing posts with label Muktamar PAS. Show all posts

'Jangan cuba suntik racun dalam PAS'

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan walaupun barisan kepimpinan PAS dianggotai ulama dan bukan ulama, beliau bersama-sama rakan yang lain tetap akan mempertahankan parti itu.

Ahli parlimen Kubang kerian itu memberi amaran kepada BN bahawa beliau akan "memerangi" musuh PAS itu "sehingga menyembah bumi" sekiranya cuba memecahbelahkan parti itu.

"Tak mungkin orang macam saya di sini untuk menjahanamkan PAS. Niat jahat mereka untuk pecah belahkan (kita)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di muktamar PAS di Taman Melawar.

Salahudin berkata semua kepimpinan yang menang dan tewas adalah pilihan perwakilan adalah hasil daripada proses tarbiyah yang dibuat oleh PAS.

Walaupun menyifatkan pertandingan itu dinggap sengit tetapi barisan itu kini merupakan barisan terbaik parti itu.

"Calon naib seperti (Datuk) Nik Mohd Amar, Idris Ahmad dan (Datuk Seri Mohamad) Nizar, bukan kepalang ketokohan mereka.

"Bagi saya, jangan cuba untuk usik PAS, jangan cuba suntik racun. Kami hormat ulama dan akan tentang kamu hingga kamu kecundang," katanya sambil menyifatkan mereka sakit hati lihat perpaduan kita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan perwakilan Perak Dr Muhaimin Sulam yang mengingatkan PAS agar berhati-hati tentang dikotomi ulama dan bukan ulama yang didakwa cuba ditabur fitnah oleh akhbar arus perdana.

Kerana sekeping kaset

Mengimbau sejarah hidupnya, Salahudin berkata, beliau yang tidak mengetahui apa-apa tentang Islam kerana diasuh di sekolah aliran Inggeris, berubah setelah mendengar ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Satu hari saya diberi kaset ucapan presiden (Abdul Hadi). Selepas saya dengar kaset itu terbuka pintu hati saya untuk berjuang untuk Islam, menapak sedikit demi sedikit ditarbiah PAS dan ulama,"katanya.

Sementara itu, naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mencadangkan supaya seluruh kepimpinan PAS mengadakan pelan cadangan kemenangan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menyeru semua pihak "memobilisasi semua sudut" kekuatan termasuk menyediakan "model kemenangan" termasuk model ekonomi berkebajikan untuk berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Media arus perdana memberi satu gambaran yang negatif, dan secara tepat ia telah menepati sasaran (mengenai negara berkebajikan).

"Membangun negara berkebajikan telah terbina daripada (dengan) cara berkongsi dan mengambil berat (antara satu sama lain)," katanya sambil memberi contoh kisah Nabi Yusuf.

Menurutnya, utusan Allah itu mengamalkan cara 'berkongsi dan mengambil berat' terhadap sesuatu perkara dalam keaadaan susah atau senang sehingga berkongsi ilmunya ketika mentafsir mimpi seorang raja.

Husam berkata konsep tersebut itu juga turut menggesa perwakilan agar mengambil iktibar terhadap sejarah kisah nabi dan pahlawan terdahulu sebagai model dalam menuju kemenangan dalam pilihan raya.

Calon: Pemuda perlu yakinkan

Exco kanan kerajaan Kelantan itu turut mencabar Pemuda PAS yang menuntut 40 kerusi kepada dewan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Pemuda perlu menyediakan daftar pemilih pemuda yang meyakinkan sebelum tuntutan itu dipenuhi di peringkat pusat.

"Kalau berjaya kita beri calon. Kalau tidak kita beri kepada calon tua, janji tetap menang.

"Kalau mahu menghapuskan BN, kita kena menyiapkan pelan setiap segi sebelum datangnya pilihan raya,"katanya sambil beliau menggesa Pemuda "wajib" menyiapkan daftar pemilih itu dari semua peringkat.

Sebelum itu, dalam ucapan penggulungannya, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar pula berkata hasrat Pakatan untuk sampai ke Putrajaya mestilah dengan cara menguasai hati dan pemikiran rakyat.

Ini kerana katanya, hanya dengan kuasa rakyat mampu untuk PAS dan Pakatan menguasai pusat pentadbiran kerajaan dengan mengetengahkan "politik jujur" dalam masyarakat.

"Kita bercakap menguasai Putrajaya, buat seminar PAS ganti Umno. Kita tidak boleh kuasai Putrajaya dalam konteks kuasa politik (semata-mata).

"Tetapi untuk menguasai Putrajaya, kita tidak mampu selagi tidak mengetuai hati dan pemikiran rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Seterusnya >>>

Video seks: Muktamar PAS kutuk sikap bisu ulama rasmi kerajaan

GOMBAK, 5 Jun — Dewan Ulama PAS meluluskan usul mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan, yang didakwa tidak tegas dalam mengutuk tindakan penayangan video seks oleh “Datuk T” Mac lalu.
“Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.
“Mengutuk sikap membisu di kalangan ulama rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka,” kata usul yang dibentangkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57.
Enam usul dibahas dan diluluskan kali ini. Usul itu merujuk kepada penayangan video seks pada 21 Mac lalu kepada media-media terpilih, yang pelakonnya didakwa mirip Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sudah pun menafikan dakwaan itu. Video seks itu setakat ini telah tiga kali dimuat naik di dunia siber termasuk yang penuh beberapa hari lalu.
Menurut usul itu, fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seseorang.
Malah menurut usul itu lagi, penayangan video seks adalah tindakan tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.
Selain itu katanya, tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamadun sebuah negaraa dan bangsa.
Ketika membahaskan usul ini, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Hanipa Maidin berkata, isu video menunjukkan “betap teruknya” Barisan Nasional (BN) berpolitik untuk mengekalkan kuasa mereka.
Sehubungan itu kata beliau, daripada terperangkapn dengan isu tersebut, ia seharusnya digunakan untuk menunjukkan kehebatan perundangan Islam.
Justeru kata penasihat undang-undang PAS itu, BN tidak mempermainkan isu video sebagai isu video semata-mata, sebaliknya menyelitkan sekali pandangan tokoh-tokoh agama seolah-olah bagi membuktikan ia sebenar benar belaka.
Seterusnya >>>

Saf pimpinan PAS yang paling merunsingkan UMNO

"Saf pimpinan baru PAS" yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO.  Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai.
Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow ketika diminta MerdekaReview untuk mengulas kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin dengan undi terendah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.
Hu Phang Chow berkata, Nizar Jamaluddin memikul dua misi yang terpenting buat masa kini, iaitu mengembalikan kuasa kerajaan negeri di Perak, dan meningkatkan sokongan bukan Melayu/bukan Muslim terhadap PAS.  Seandainya Nizar berjaya menyempurnakan dua misi ini, maka beliau boleh kembali ke pusat pimpinan untuk diberikan peranan yang lain.
Nizar Jamaluddin, pemimpin PAS yang muncul sebagai Menteri Besar Perak selepas tsunami politik pada 8 Mac 2008.  Kerajaan negeri yang diterajui Nizar dirampas oleh UMNO-BN pada Februari 2009, apabila tiga orang wakil rakyat dari PKR dan DAP berpaling tadah.  Pimpinan Nizar meraih simpati ramai, melonjakkan populariti dirinya terutamanya dalam kalangan komuniti Cina, lantaran daripada kejadian tersebut.  Beliau terpilih sebagai AJK Pusat PAS dengan undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2009.
Hu Phang Chow (gambar kanan) menganggap perwakilan PAS amat jelas dengan senario yang terkini.  Mereka meletakkan empat orang tokoh yang paling merunsingkan UMNO, untuk berdepan dengan PRU 13 yang akan datang.  Malah, beliau menyanggah pandangan bahawa Nizar kalah kerana penampilannya yang dianggap lebih "mesra-bukan melayu/muslim".
"Seandainya pandangan ini berasas, maka Mat Sabu akan kecundang sebermulanya," kata Hu Phang Chow yang menegaskan bahawa perwakilan PAS tidak membuat keputusan atas pertimbangan perkauman, tetapi pertimbangan mengikut keperluan senario.

Dzulkefly: Bukan sekadar populariti
Ketika diminta untuk mengulas kekalahan Nizar, Dzulkefly Ahmad berkata, "Pada saya the best man win (orang yang terbaik menang).  Beliau (Nizar) mungkin belum dalam liga itu, walaupun sudah masuk dalam liga itu, beliau perlu membuktikan..."
Wartawan mencelah dengan soalan sama ada Nizar kalah kerana senioritinya yang belum cukup melayakkan dirinya ke jawatan ketiga itu, Dzulkefly (gambar kiri) berkata, "Bukan senioriti.  Saya ingat delegates (perwakilan) bijak, yang cukup alert untuk membuat perhitungan.  Bukan hanya populariti di sini.  Popular satu hal, tetapi keupayaan, keupayaan untuk memimpin... Bukan hanya menjadi popular.  Ini yang perlu difahami oleh pihak yang lain."
Beliau meneruskan, "Kerana PAS mempunyai pengalaman hampir 60 tahun.  Dan perwakilan cukup wajar dan bijak membuat perhitungan mereka.  Dan kita kena ingat bahawa di sana ada enam (calon)..."
Dzulkefly Ahmad yang juga terpilih sebagai AJK Pusat diingatkan bahawa Nizar memperolehi undi terendah, dan dijawabnya, "Itu kedudukan yang dia kena terimalah.  Dia masih mempunyai masa dan waktu untuk memperbaiki prestasinya.  Dan ini cara PAS untuk menilai pemimpin..."

Nizar: Ketiga-tiga pemenang calon terbaik
Sementara itu, ketika diminta untuk mengulas kekalahan dirinya, Nizar berkata, "Itu keputusan perwakilan, mereka membuat pilihan yang tepat.  Saya menganggap diri saya hanya satu komponen daripada itu, itu bukan soal menang atau kalah, tapi persoalan siapa boleh menawarkan pilihan yang paling baik untuk kita Putrajaya."
Sambil menyifatkan saf pimpinan baru sebagai "pilihan yang paling sempurna" (the most perfect choice) untuk berdepan dengan pilihan raya umum, Nizar dengan rendah hati berkata dirinya bukan sesiapa (I am nobody) apabila pertimbangan tersebut (berdepan dengan PRU) diambil kira.  Beliau mendakwa dirinya tidak kecewa, sebaliknya gembira dengan keputusan itu, kerana "ketiga-tiga pemenang jawatan tersebut adalah yang terbaik".
Dzulkefly Ahmad juga menambah bahawa keputusan pemilihan ini secara keseluruhannya memperlihatkan bahawa perwakilan memilih pimpinan berdasarkan prestasi, dan ini keistimewaan PAS yang tidak mengambil pendekatan berkempen seperti parti politik lain.
"Dan kita dari segi itu adalah lain dari pihak-pihak yang lain, dan parti-parti yang lain.  Jadi dengan pimpinan dan pasukan pimpinan saf ini, kita harap dapat melonjakkan lagi prestasi PAS dalam pilihan raya yang akan datang dan ini menyuntik keyakinan bahawa inilah dia saf pimpinan yang dimahukan parti dan juga pendukung, pemerhati supaya PAS menampilkan kekuatan gandingan ini.  Inilah sebenarnya kekayaan dan takungan pimpinan... Kita cukup kaya dengan takungan pimpinan kita..."
Hu Phang Chow ketika merumuskan pandangannya terhadap keputusan pemilihan ini berkata, ia merupakan gelombang reformasi kedua dalam PAS.  Gelombang pertama, menurutnya adalah kemasukan bukan muslim ke dalam PAS, dan diinstitusikan sebagai badan dalam arus perdana politik PAS.  Gelombang kedua kali ini meletakkan pemimpin yang profesional dan terbuka pada kedudukan penting, dan PAS kini menuju ke arah pimpinan yang merangkumi kepelbagaian dalam agama, budaya, ekonomi dan sebagainya.

-/Merdekareview
Seterusnya >>>

Terburainya propaganda UMNO, Perwakilan PAS tuntut perubahan


Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah  mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS.  Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti dalam konteks politik terkini.

Terburainya propaganda UMNO
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya.  Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas.  Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO.
Kini, Mohamad Sabu berjaya memahat sejarah untuk tampil sebagai Timbalan Presiden yang bukan dari latar belakang ulama, selepas konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an untuk menjatuhkan Presiden PAS ketika itu, Asri Muda.  Mat Sabu, 56, pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi dan pendiriannya yang jelas dalam perjuangan politiknya.
Namun, makna yang tersirat di sebaliknya lebih jauh daripada itu.  Sesungguhnya sesetengah perwakilan masih belum terkeluar dari sentimennya untuk mengekalkan ulama pada dua jawatan tertinggi dalam parti, lebih-lebih lagi diasak dengan propaganda UMNO yang mengombak.  Keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding mungkin disebabkan perkiraan terhadap senario di atas, lantas menawarkan diri kepada perwakilan yang mahukan "ulama", tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi penyandang, Nasharuddin Mat Isa.
Bagaimanapun, Mat Sabu berjaya melepasi halangan kali ini, dengan sokongan kira-kira 40% perwakilan yang menuntut agar pimpinan tinggi menunjukkan pendirian yang lebih jelas dalam perjuangan.  Mat Sabu, sekurang-kurangnya menjamin hubungan yang lebih erat antara PAS dengan parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP.  Malah, pemimpin yang terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan ini mempunyai hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang belum menyertai Pakatan Rakyat.

Mengisi kekurangan Presiden
Kemenangan Mat Sabu juga perlu dibaca dalam konteks pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang.  Hadi Awang, pernah disifatkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi versi PAS", berikutan sikapnya yang tidak tegas dalam pendirian politik, misalnya isu rundingan bersama UMNO.  Untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi Awang, beliau tidak melakukan "kesilapan" yang besar sehingga wujud keperluan untuk "digulingkan", dan banyak juga perubahan yang diberi lampu hijau dalam zaman pemerintahannya, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Baru-baru ini, Khalid Samad, pemimpin terserlah yang dilabel sebagai "Erdogan", membela Hadi bahawa Presiden perlu mengambil kira semua pandangan dari aliran/sekta yang berbeza, dan mungkin ada baiknya jikalau Hadi selaku orang nombor satu tidak memainkan peranan kontroversi untuk membawa perubahan mendadak.
Bagaimanapun, Mat Sabu kini diamanahkan untuk mengisi kekurangan Hadi Awang.  Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran - ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini.  Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Nizar tewas dengan undi terendah
Namun demikian, kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin dengan undi terendah mungkin ditafsirkan sebagai kecacatan dalam kesempurnaan keputusan pemilihan ini.  Untuk masyarakat bukan Melayu/Islam yang kurang prihatin terhadap PAS, Nizar Jamaluddin mungkin satu-satu nama pemimpin PAS yang mampu disebutnya.  Barangkali Nizar tewas atas sebab-sebab tertentu, antaranya senioriti beliau dalam PAS, namun ia semestinya mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu/Muslim terhadap PAS seandainya bekas MB ini menang sebagai Naib Presiden.
Secara keseluruhannya, saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan perubahan zaman.  Perwakilan dianggap matang dan berani, apabila memilih empat pemimpin bukan ulama untuk mengisi lima jawatan tertinggi, sementara satu pertiga daripada 18 AJK Pusat adalah pemimpin dari latar belakang ulama.
Kemenangan pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Hanipa Maidin, Dzulkifly Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, bakal menampilkan pimpinan yang berkemampuan untuk berdebat dalam soal dasar pentadbiran (dan bukan hanya berdakwah) kepada masyarakat Malaysia.
Bagaimanapun, sesetengah pengamat politik masih gusar dengan saf pimpinan Dewan Pemuda PAS, yang ditunjangi Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat.  Nasrudin tertonjol dengan imejnya yang konservatif dari kaca mata penduduk bandar, sementara Nik Abduh yang menang dengan 260 daripada 655 undi, dalam pertandingan empat penjuru - dilihat sebagai pemimpin yang pro-kerjasama UMNO.
Nik Abduh (gambar kiri) pernah menuduh bahawa ayahandanya menolak konsep "kerajaan perpaduan" kerana dipengaruhi "pembantu-pembantunya yang berpakaian serba tahu" - dan kenyataan ini membuatkan beliau digolong sebagai pemimpin yang masih ingin membuka pintu rundingan kepada UMNO.
Apa yang "memberangsangkan" mungkin berlaku dalam Dewan Muslimat, apabila pemilihannya menyaksikan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Dewan Muslimat dan Siti Mariah Mahmud sebagai Timbalannya.  Kedua-dua orang pemimpin wanita ini mungkin menggilap semula pimpinan muslimat, untuk menyuntik elemen baru dalam perjuangan PAS.

-/Merdekareview
Seterusnya >>>

Mat Sabu sah No 2 PAS

GOMBAK: Seperti yang dijangka Timbalan Presiden kini sah milik Mohamad Sabu apabila berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa.
Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berjaya memperoleh 420 undi manakala Nasharudin dengan 224 undi. Seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mendapat 399 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebentar tadi di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini sebentar tadi.
Dalam pemilihan PAS pada 2009 lalu, Mat Sabu tewas kepada penyandang Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.
Nasharudin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mat Sabu memperolehi (261) undi.
Bagi Naib Presiden pula dua penyandang berjaya mengekalkan jawatan tersebut; Salahuddin Ayub (753), Datuk Mahfuz Omar (616) manakala Datuk Husam Musa berjaya memperoleh undi kedua tertinggi dengan 660 undi.
Melalui pengumuman kedua-dua jawatan tertinggi itu menyaksikan calon Ulama disingkirkan daripada senarai manakala golongan profesional memonopoli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Sesi 2011-2013.
Berikut adalah senarai muktamad calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
Bilangan yang layak mengundi: 1077
Bilangan yang keluar mengundi: 1045
Undi sah yang diterima: 1043
Undi Rosak: 2

PENGERUSI TETAP
Abu Kassim Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Ismail
PRESIDEN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
1. Mohamad Sabu (420)
2. Nasharudin Mat Isa (224)
3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399)

NAIB PRESIDEN
1. Datuk Husam Musa (660)
2. Idris Haji Ahmad (491)
3. Datuk Mahfuz Omar (616)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (321)
5. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (217)
6. Salahuddin Ayub (753)

AHLI JAWATANKUASA KERJA (hanya 18 calon sahaja yang dipilih)
1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)
Seterusnya >>>

Pertembungan PAS dan Umno pertembungan akidah


KUALA LUMPUR: Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah.
Oleh itu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara.
Perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan oleh ulama PAS apabila ditanya oleh seseorang tentang perbezaan antara PAS dan Umno.
Menurut beliau, sebalik perbezaan itu perlu dinyatakan dengan jelas dan tegas agar difahami setiap pihak, selaras dengan perjuangan PAS untuk Islam, manakala Umno atas dasar nasionalis.
Namun dalam hubungan ini, beliau kesal kerana terdapat ulama PAS di peringkat kawasan sendiri enggan menjelaskan perkara itu dengan mengatakan terpulanglah kepada kefahaman sendiri untuk menanggapinya.
“Begitu juga jika ditanya tentang kepentingan mendaftar diri untuk menjadi pengundi, ada ulama di kawasan hanya memberikan jawapan seperti itu, pada hal ia perlu dicantas terus dengan menjelaskan perbezaan pertembungan antara PAS dan Umno sebagai pertembungan akidah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucap utama pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar Gombak, di sini, hari ini.
Bagi mengatasi perkara itu, beliau menyarankan agar para ulama bukan sekadar memiliki pelbagai ilmu, tetapi juga memiliki sifat keberanian untuk menyatakan kebenaran dan melakukan perubahan.

Lebih untung bersama Pakatan Rakyat
Sejajar dengan itu, beliau menegaskan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno-Barisan Nasional sememangnya tepat kerana kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih menguntungkan PAS dan umat Islam dari sudut dakwah dan pelbagai sudut lain.
Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lutfi Ariffin berkata, kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang merupakan satu cabaran penting kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar tidak terpedaya dengan kemewahan hidup.
Beliau berharap agar kemenangan itu pula jangan menimbulkan kepuakan dalam PAS.
Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Perlis, Idris Yaakub berkata, kemenangan yang sebenar bagi umat Islam adalah berpegang kepada ajaran Allah.
Perwakilan Dewan Ulama PAS Johor, Ustaz Arif Salim Osman mengingatkan golongan ulama agar memainkan peranan dengan berkesan kepada masyarakat dengan ilmu yang dimiliki kerana ia merupakan amanah Allah kepada mereka.
Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nazmio Kamaruddin berharap agar PAS mewujudkan Majlis Penyelidikan dengan segera bagi kepentingan seluruh ahlinya.
Perwakilan Dewan Ulama PAS Perak, Muhammad Nuri Al-Amin Endut pula meregaskan kekuatan Islam antara lain terletak pada prinsip.
Oleh itu, beliau berharap agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS terus cekal dengan prinsip perjuangan Islam bagi membolehkan PAS terus maju mendepani pelbagai cabaran.
Perwakilan Dewan Ulama PAS Pahang dalam ucapannya menyarankan agar rakyat Pahang ‘mengKelantankan’ Pahang dengan antara lain melakukan penguasaan terhadap masjid dengan mengimarahkan masjid.
Selain itu, beliau juga berharap agar rakyat Pahang turut mencontohi negeri Kelantan menerusi keilmuan dengan berusaha memperbanyakkan pusat penyebaran ilmu di negeri itu.
Seterusnya >>>

Perwakilan Muktamar Ditegur Tidak Terbuka Terima Kritikan

Perwakilan Muktamar PAS dibidas kerana tidak bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan yang bertentangan dengan dasar parti.

Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, PAS sebagai sebuah parti yang sering memperjuangkan kebebasan bersuara ternyata tidak mempraktikkan prinsip berkenaan pada muktamar ini.
"Semalam saya rasa macam perwakilan dari Temerloh dibuli oleh tuan-tuan semua, kita ini parti PAS kalau di luar paling lantang perjuangkan mengenai kebebasan bersuara... tapi bila sahabat kita cakap sikit, kita dah mula tengking dan tak bersedia nak dengar.  "Ada pandangan yang bernas, ada pandangan yang tak bernas dan ada juga pandangan yang salah... tapi kita mesti bersedia untuk dengar dulu, bagi peluang dia cakap dulu termasuklah pengerusi tetap, jangan nakhalang dulu," katanya semasa menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Semalam pada sesi perbahasan usul, perwakilan Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya apabila mendakwa Perlembagaan PAS yang ada diciplak daripada Umno. Amirruslan tidak sempat menghabiskan perbahasannya apabila mendapat bantahan daripada para perwakilan dan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.

Selain itu, Hanipa yang juga seorang peguam berkata, setiap tindakan PAS perlu selari dengan apa jua dasar yang diperjuangkan. Menurutnya semasa zaman Nabi Muhammad SAW, baginda tetap memberi peluang kepada orang lain untuk bersuara walaupun yang bertentangan dengan Islam. 
"Masa zaman nabi dulu pun baginda dengar apa yang orang lain nak cakap, saya tahu anda marah sebab kita dikaitkan dengan Umno... yang itupun saya marah. "Tapi sikap kita perlu diperbetulkan, kita kene biar dia cakap dulu dan tegur kemudian... saya sebagai peguam rasa macam nak wakil dia untuk lawan tuan-tuan semua," katanya.
Seterusnya >>>

Saman Najib-Apco: Peguam Tidak Yakin Peroleh Keadilan

Penasihat Undang-Undang Pas Mohamed Hanipa Maidin berpandangan rakyat Malaysia tidak mungkin berjaya menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak atas isu persekongkolan kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco-Worldwide.

Berucap kepada perwakilan ketika mengulas cadangan perwakilan dari Tambun hari ini, Hanipa berkata institusi mahkamah negara gagal menunjukkan ia mampu berlaku adil dan saksama dalam kes-kes membabitkan Presiden Umno itu.

Perwakilan Tambun hari ini mengemukakan cadangan supaya Parti Islam SeMalaysia memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak atas isu Apco.

Hanipa berkata sekalipun Pas mempunyai bukti yang kuat untuk menjustifikasikan tindakan saman itu, namun mahkamah Malaysia belum mempunyai keberanian untuk mengadili pemerintah secara tegas, adil dan saksama.

- TVSelangor,com


Kembara Jr.......... Andai kata Najib disaman dan dibawa ke mahkamah sekalipun, kita  rakyat janganlah mimpi untuk melihat mahkamah menjatuhkan hukuman Najib didapati bersalah. Selama ini pemimpin Umno dari golongan ikan bilis pun keputusan mahkamah boleh ditentukan inikan pula jerong, Perdana Menteri 1Malaysia.

Cuma satu cara saja kalau kita mahu melihat mimpi kita menjadi kenyataan, tumbangkan Umno/BN. Ketika itulah kita akan lihat siapa bersalah atau siapa tak bersalah.

Lawannn..........Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Presiden : PAS Tidak Mahu Tanggung 'Biawak Hidup'

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.
"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya. Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.
Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu. "Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno. Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit.
"Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya.

Ahli PAS di segenap peringkat katanya mempunyai tugas besar untuk membebaskan bangsa Melayu dari kejahilan perkauman yang telah ditanam Umno. Umno katanya terlalu mementingkan bangsa dari agama sehingga sanggup menjadikan bangsa sebagai akidah perjuangan mereka. Semangat asobiyah katanya juga tidak salah, namun perlu dimanfaatkan untuk perjuangan Islam. "Tak salah sayang bangsa sendiri, tapi jangan sampai bangsa dijadikan akidah. "Islam dulu baru asobiyah," katanya lagi.

Mengulas muktamar pula, beliau berpuas hati dengan keseluruhan perjalanan sepanjang muktamar berlangsung. Perwakilan katanya dilihat bersedia malah isu yang dibangkitkan juga dikupas dan dibahas dengan jelas. Malah lebih penting katanya, muktamar PAS kali ini berlangsung dalam suasana penuh persaudaraan yang dapat disaksikan oleh kesemua yang hadir.
  
- Harakahdaily

Kembara Jr.......... Penegasan dari kedua dua pemimpin tertinggi Haji Hadi dan Nik Aziz jelas dan nyata, harap-harap isu kerajaan perpaduan yang diibarat api dalam sekam, diantara PAS dan UMNO ditamatkan. Walauapapun jangan terlalu yakin dan haruslah berhati-hati kerana mungkin ada lagi musang berbulu ayam didalam PAS yang ingin melihat agendanya terus berjalan seperti biasa. Hati-hati dan waspada adalah langkah berjaga-jaga paling baik....

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Nasharuddin Tempelak Profesor Minta PAS Tukar Nama

Ustaz Nasharuddin Mat Isa mencadangkan seorang profesor institusi pengajian tinggi menukar namanya terlebih dahulu sebelum menuntut PAS menggunakan nama baru kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu.
"Ada seorang profesor mahu PAS tukar nama kerana membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.
Sebelum dia meminta PAS tukar nama lebih baik nama dia sendiri ditukar terlebih dahulu.

"Tafsiran yang dibuat profesor itu kononnya PAS sudah mengadai prinsip kerana telah hilang keasliannya  adalah tidak benar," kata Timbalan Presiden PAS itu pada penggulungan ucapan dasar presiden petang ini.

Sedangkan kata beliau keputusan untuk membenarkan bukan Islam bertanding menggunakan lambang PAS dibuat Majlis Syura Ulama selepas memperhalusi perkara itu sejak sekian lama.

Beliau berkata, profesor terbabit menyebut PAS telah menggadaikan prinsip, sedangkan Islam sebenarnya bukan milik satu kaum sahaja. 

"Kalau Islam hanya untuk satu kaum sahaja maka lebih aula Islam milik orang Arab kerana Islam diturunkan di negara berkenaan.  Sebenarnya perkembangan terbaru yang berlaku dalam PAS amat membimbangkan Umno," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling mencadangkan PAS  menggugurkan perkataan Islam kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang

Pada ucapan yang sama Nasharuddin menyahut cadangan seorang perwakilan supaya Timbalan Presiden atau Presiden PAS berdebat dengan pemimpin tertinggi Umno dalam isu kelulusan lesen judi bola sepak.

"Saya meminta persetujuan muktamar hari ini untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno. Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin mengenai isu kelulusan lesen judi bola.

"Tugas kita membuat penjelasan sama ada melalui debat dengan pemimpin tertinggi Umno atau cara lain. Saya cabar Timbalan Presiden Umno untuk berdebat isu judi pada bila-bila masa sahaja," katanya.


Kembara Jr.......... Yang ni pun satu hal, apa salahnya kalau PAS nak membenar orang bukan Islam mewakili parti tersebut dalam pilihan raya nanti. Tak nampak mana salahnya. Pekara remeh begini pun nak dijadikan isu!!!. Ke dah tak ada isu sangat nak dipertikai? Nak bagitau sini, banyak lagi isu besar nak dipertikaikan. Pergilah buat bising fasal lesen judi sukan yang PM 1Malaysia lulus ke, fasl APCO ke atau banyak lagi isu besar yang perlu dipertikaikan. Barulah setaraf dengan taraf professor  kalau nak pertikai atau bincang satu-satu isu. Janganlah samakan taraf profesor yang ada tu sama tarafnya dengan budak tadika.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Ketua Dewan Pemuda PAS : Jangan Ambil Ringan Propaganda Umno

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak mengambil ringan hakisan Melayu sokongan terhadap parti Islam itu dan persepsi yang ia mengabaikan akar umbi Melayu.


Bercakap sewaktu sesi penggulungan muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa Kelantan, Nasruddin (kiri) mengingatkan bahawa adalah satu kesilapan sekiranya PAS menganggap propaganda lawan politiknya - Umno - mengenai perkara itu, tidak memberi sebarang kesan.

Nasrudin berkata, sejak 2008 hingga sekarang, PAS semakin kehilangan sokongan orang Melayu, khususnya berkaitan hubungan PAS dengan DAP sehingga ada yang mendakwa parti itu menjadi boneka DAP dan telah meninggalkan perjuangannya.

Menurut Nasrudin lagi, perang psikologi Umno itu mempengaruhi tanggapan NGO Melayu terhadap PAS.

Atas alasan itu, kata Nasruddin, parti harus merapatkan dirinya dengan NGO dan masyarakat Melayu bagi membetulkan salah tanggapan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS akan melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) untuk mendekati masyarakat dan memperluaskan sokongan terhadap parti itu.

- Malaysiakini
Seterusnya >>>

Nik Aziz Tegur Perwakilan PAS Sindir Najib, Rosmah

Kaum India yang menyokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menegur sikap perwakilan dalam muktamar parti itu yang menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai isteri kepada Rosmah Mansur.

Katanya, tindakan itu boleh menyakitkan hati orang lain dan menyebabkan perasaan dendam.

"Hendak suka bolehlah, tetapi menyakitkan hati. Bila sakitkan hati apa jadi? "Hanya (mewujudkan) dendam sahaja akhirnya," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Semalam, ketika sesi perbahasan usul di muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa, seorang perwakilannya memperli Najib sebagai isteri kepada Rosmah.

Di kalangan penyokong pembangkang, perkara tersebut sering menjadi bahan gurauan, dipercayai ekoran penampilan Rosmah dilihat lebih 'agresif' berbanding isteri perdana menteri lain sebelumnya.

Menyampaikan ucapan penangguhannya tengah hari ini, Nik Aziz menjelaskan Islam mengajar umatnya memanggil seseorang itu dengan gelaran yang paling disukai dan amat disenanginya.

"Bila hendak sebut nama orang, kita (mesti) sebut nama yang paling disukainya, (misalnya) pakcik, ayah haji, yang amat berhormat.

"(Kesimpulannya) katalah pekataan yang amat disenangi," tambahnya.

Menurut menteri besar lagi, perkara itu selari dengan landasan hikmah dan dasar kesederhanaan dalam Islam.

- Malaysiakini
Seterusnya >>>

Umno Di Taja Oleh British Untuk Melawan Islam - Presiden PAS

KOTA BHARU – Parti Islam SeMalaysia adalah salah satu mata rantai perjuangan Islam yang dimulakan dengan perjuangan paling awal ketika Nabi Adam AS menghadapi Iblis.Perjuangan menegakkan Islam sebagaimana perjuangan para nabi, bukan hanya menjadi imam sembahyang, bahkan menjadi imam politik.

Setelah tumbangnnya khilafah Othmaniyah pa da tahun 1924, perjuangan Islam disambung dengan gerakan Tajdid dan Islah dengan penubuhan parti-parti Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS ke 56, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) disini semalam.

Menurutnya, pada tahun 1908 ditubuhkan Parti Syarikat Islm di Indonesia untuk menentang Syarikat Hindia British dan Belanda.

Kemudian, katanya, cawangan Syarikat Islam telah ditubuhkan pada tahun 1924, di Beserah, Pahang, sebelum ianya diharamkan oleh British.

”(Selepas itu pada) tahun 1940an, ditubuhkan Hizbul Muslimin, diharamkan oleh oleh penjajah British (dan pada) tahun 1951 ditubuhkan (Parti Islam SeMalaysia) PAS,”katanya ketika menerangkan susur galur, sejarah perjuangan Islam di Malaysia.

Beliau berkata, pejuangan Islam di Tanah Melayu telah wujud lebih dulu daripada Umno yang sebnarnya ditubuhkan oleh British untuk melawan Islam.

”Perjuangan Islan di Tanah Melayu (lebih) dulu dari perjuangan Umno, (dan) Umno ditaja oleh British untuk melawan perjuangan Islam,

”perjuangan Islam tidak mati, tokoh-tokong besar, bkan sahaja dikalangan ulamk, termasuk dikalangan professional, yang menghidupkan perjuangan PAS,”ujarnya.

Dikalangan ulamak, katanya, adalah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad, Tuan Guru Tuan Haji Ahmad Tuan Husin, manakala professional terdiri daripada Dr. Buhanuddin al-Helmi, Dr Haji Abas Alias, Profesor Ungku Omar, Profesor Ahmad Ibrahim, Aminuddin Baki dan lain-lain.

Katanya, PAS adalah penyambung perjuangan tersebut pada hari ini.

Turut hadir dalam majlis ceramah tersebut adalah tokoh-tokoh parti Islam dan Kerjaan Islam antarabangsa dari Filipina, Malidives dan Palestin.

- Buliten Online
Seterusnya >>>

Khalid Samad : Undi PAS Menunjukkan Peningkatan Berganda

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menolak tanggapan mendakwa PAS sudah mula kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu hanya kerana menjalin kerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. 

Ketika beberapa perwakilan menimbulkan kebimbangan bahawa PAS kemungkinan akan kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam disebabkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Khalid berkata, hakikatnya undi diterima parti itu terus mengalami peningkatan.

“Ketika kita hendak menggantikan Umno... tanggapan undi Melayu lari daripada PAS kerana bersama Pakatan Rakyat, itu (saya rasa) tanggapan yang meleset,” kata beliau ketika membahaskan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini petang ini.

Sambil memetik hasil kajian badan pemikir Insap, Khalid berkata, maklumat menunjukkan jumlah undi yang diterima oleh PAS sepanjang tiga pilihan raya umum yang lalu terus meningkat. Kata beliau, hasil kajian itu mendapati PAS menerima 367,000 undi pada pilihan raya umum 1999 dan ia meningkat kepada 1.1 juta undi dua tahun yang lalu. “Bermakna undi kepada PAS meningkat tiga kali ganda,” kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Khalid juga berkata, “kita sibuk kata orang Melayu berkata tak perlu sokong PAS sebab Umno memerintah.” “(Sebenarnya) orang Melayu tak sokong, yang sokong ialah orang Melayu Islam yang mendukung nilai-nilai pentadbiran Islam yang dibawa oleh PAS.
“Jangan makan propaganda Umno-BN,” katanya.

Selain merujuk kepada hasil kajian badan pemikir itu tambah Khalid, kejayaan PAS menembusi Johor menunjukkan sokongan kepada parti itu meningkat kebelakangan ini.
“Kita pernah tanding di Johor tetapi sampai hilang deposit. Tetapi sekarang benda itu sudah tidak berlaku.
“Apa yang berlaku ialah anjakan dalam di mana orang-orang Melayu bergerak kepada PAS kerana kita amalkan dasar politik yang baru... yang memenuhi keperluan masyarakat majmuk dan ia boleh dilakukan dan kita sudah mampu dilakukan, di negeri-negeri yang Pakatan perintah sekarang,” katanya lagi.

Pada pilihan raya umum lalu PAS menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Maharani.
“Kalau dengan semangat kebangkitan yang sama, dengan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, kita boleh menggantikan dengan Umno. “Kaedah Islam adalah kaedah yang diinginkan oleh kita.
“Jadi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kita jangan pandang kiri, jangan pandang kanan... kita ada landasan yang betul,” kata Khalid.

Usul itu dibawa oleh kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu,
Jerantut dan Bandar Tun Razak mahu PAS pusat memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara dengn membongkor kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman dan merangka strategi gerak kerja pilihan raya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihan raya secara profesional.

Selain itu usul tersebut juga meminta PAS pusat mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekali gus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi.

Dalam pada Taib Ahmad, perwakilan daripada Kubang Pasu berkata, PAS akan kehilangan kerusi-kerusi yang dimenangninya jika terperangkap dengan idea kerajaan perpaduan.
“PAS kini berada di landasan yang betul dan perlu memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“Jika PAS terperangkap dengan kerajaan perpaduan, yang sedang cuba dibawa oleh sesetengah pihak, kita akan kalah di keseluruhan kawasan yang kita menang,” katanya.
“Kita kena yakin dengan kedudukan bersama Pakatan Rakyat dan perlu memantapkan terus Pakatan Rakyat supaya matlamat ,” kata Taib beliau sambil berkata usaha untuk “pecah dan perintah” masih berterusan.

- The Malaysian Insider
Seterusnya >>>

Muktamar Pas : 6 Usul Di Luluskan

Muktamar Tahunan PAS Ke-56 hari ini meluluskan enam usul, dua daripadanya dibawa Jawatankuasa PAS Pusat dan masing-masing satu daripada Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan satu usul yang digabungkan dari beberapa kawasan PAS. Kelulusan sebulat suara usul-usul itu diumumkan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.

Usul pertama mengenai pindaan perlembagaan dibentangkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustaffa Ali, manakala usul kedaulatan negara oleh Naib Presiden Salahuddin Ayob. Usul ketiga mengenai penghapusan lesen judi sukan dibawa wakil Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari manakala usul keempat mengenai pemerkasaan parti oleh wakil Dewan Ulama Syed Abdul Kadir Al-Joofre. Usul terakhir mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dibawaperwakilan Jerantut, Dr Hamzah Jaafar.

Mengenai pindaan perlembagaan, Mustaffa mengusulkan supaya anggota parti tidak lagi perlu membayar RM5 untuk menyertai mana-mana Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama selepas ini.

Selain itu, anggota yang menyertai Lembaga Tatatertib parti tidak lagi dianggotai mereka yang memegang jawatan dalam parti.
"Ini membolehkan anggotanya benar-benar bebas," katanya. 

- Bernama
Seterusnya >>>

Nasharuddin Nafi Ditolak Pas Kelantan

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menafikan beliau telah ditolak PAS Kelantan berikutan pendiriannya menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang mendapat kritikan hebat daripada pemimpin nombor satu parti itu.

Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu biarpun perkara tersebut telah dibangkitkan perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-56 semalam, yang mempersoalkan gambar Nasharuddin tidak dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu.

Ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu selepas perasmian muktamar PAS tersebut, Nasharuddin berkata ringkas; "Saya tidak mahu gambar saya disiarkan."

Bagaimanapun semalam Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdullah Abdul Razak berkata gambar Nasharuddin tidak diletakkan disebabkan memberi keutamaan hanya kepada gambar pimpinan tertinggi sahaja.

Nasharuddin, Anggota Parlimen Bachok, merupakan beberapa pemimpin selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah pembentukan kerajaan perpaduan itu kerana ia bercanggah dengan keputusan muktamar parti sebelum ini serta pengalaman pahit parti itu tersingkir daripada kerajaan negeri Kelantan setelah bekerjasama dengan Umno pada 1970-an.

Ketegangan itu memuncak apabila Nik Abdul Aziz sendiri meminta Nasharuddin meletak jawatannya jika ingin meneruskan kerajaan perpaduan, bagaimanapun ia reda apabila kesemua pemimpin PAS mengambil keputusan untuk tidak membincangkan perkara itu.

Sementara itu pada sidang media yang sama Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu mengambil sikap terburu-buru untuk menerajui pakatan pembangkang.

Beliau berkata PAS tidak akan gopoh untuk merebut gelaran parti peneraju kerana percayakan kepada perbincangan bersama dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

"Sebarang keputusan kita akan buat secara kolektif dengan parti di dalam pakatan rakyat termasuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

- Bernama
Seterusnya >>>

Presiden Mahu Tanggongjawab Pemuda & Muslimat Diperkasa

Dewan Pemuda PAS digesa memperkasakan peranan mereka khususnya menangani golongan muda yang kini sedang dirosakkan pemikiran mereka dengan pelbagai budaya negatif.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda PAS selaku pelapis kepada kesinambungan perjuangan Islam perlu merangka strategi bagi mendekati golongan muda ini.

"Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada muktamar PAS hari ini.

Pemuda PAS juga katanya perlu meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas bagi menyampaikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat.

Di peringkat antarabangsa, peranan pemuda PAS juga katanya perlu diperhebat sebagai pendedahan menjadikan pemuda lebih matang, berketerampilan sekaligus menjadi aset penting perjuangan parti.

Sehubungan itu, pemuda PAS diseru meningkatkan penguasaan ilmu dan akidah perjuangan bagi menggerakkan perubahan.

"Kerana itu mereka perlu digandingkan dengan kepimpinan lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.

"Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar," katanya.

Mengulas peranan Dewan Muslimat pula presiden berkata, sudah tiba masanya PAS mengisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding menyampaikan dakwah.

Ini perlu katanya kerana suasana kini dibanjiri dengan pemikiran yang menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

"Sudah tiba masanya diisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding secara berjadual mengikut peranan dan tugas yang dibahagikan tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga yang menjadi asal tugasnya, dalam masa yang sama menolak serangan budaya negatif yang telah masuk ke dalam rumah, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau juga berkata, dalam konteks perjuangan Islam secara demokrasi dan muwajahah silmiyyah, para muslimat turut  berkewajipan menegakkan Islam.

Ujarnya, penglibatan muslimat dalam pilihan raya, samaada sebagai calon atau petugas, amat dihormati oleh kawan dam digeruni lawan.

"Teruskan keterlibatan para muslimat sekalian, dengan struktur yang lebih tersusun dan perancangan jangka pendek dan panjang, supaya sumbangan mereka itu akan leboh berkekalan kepada perjuangan kita ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, satu penghargaan wajar diberikan kepada seluruh ahli dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS, jentera HalWa dan Nisa' di atas penglibatan mereka dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

"Penglibatan mereka amat besar ertinya dalam sebuah perjuangan Islam di Malaysia ini. Muslimat telah membuktikan keupayaan mereka dengan penuh kecekalan dam kesanggupan mengharungi kepayahan dalam misi dakwah," katanya.

Kepimpinan parti juga sentiasa membuka ruang kepada para muslimat yang berwibawa, mampu dan layak untuk menjadi calon Muslimat dalam pilihan raya dan mengalu-alukan penglibatan mereka di peringkat pembuat dasar. :/Harakahdaily
Seterusnya >>>

Ucapan Ketua Wanita DHPP jadi tumpuan perwakilan

Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati di muktamar kali ini

Beliau yang sering mengaitkan agama dalam ucapannya melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama.

Kumutha dalam ucapan menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul. Menurutnya, sebagai seorang muslimat kenalah sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,”ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan. Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para penganutnya.
Ketua Wanita DHPP itu pada masa yang sama mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dan terpedaya dengan Umno/BN kerana mereka ada agenda tersembunyi, tidak pernah jujur dan ada udang di sebalik batu.
Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.Beliau mempertikai apakah rasionalnya Najib buat 1Malaysia kerana selama ini pun Malaysia ni satu sahaja.

Kembara Jr..........  Jika PAS meneruskan pintu terbukanya sebagaimana yang diamalkan sekarang ini kepada semua kaum dan agama dalam negara ini, Pas pasti akan menjadi satu parti yang kuat dan teguh satu masa nanti. Kebelakangan ini sudah menampakkan keyakinan kaum lain terhadap parti itu. Insyaallah..............

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Nasharuddin Mat Isa ditolak di Kelantan?

Persoalan yang timbul pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-56 di Kota Bharu kali ini ialah apakah orang Kelantan menolak Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa kerana tidak ada gambarnya dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu. Persoalan tersebut dibangkitkan oleh perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di muktamar itu hari ini.

Menjawab persoalan tersebut Pengerusi Lajnah Penerbitan Dewan Ulama PAS Pusat, Abdullah Abdul Razak menafikan andaian tersebut dan menyatakan keutamaan hanya kepada gambar pimpinan tertinggi sahaja seperti gambar Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk dipamerkan. Ianya sudah memadai untuk mewakili kesemua saf kepimpinan parti.
Latar belakang pentas Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat hanya meletakkan gambar Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz serta tiga pemimpin Dewan Ulama iaitu ketuanya Datuk Harun Taib; timbalannya Datuk Ahmad Yakub dan naib ketua Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Desas desus timbul menyatakan Nasharuddin ditolak di negeri ini setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno/BN.

Kembara Jr.......... Rasanya perkara yang remeh temeh ini usahlah diperbesarkan kerana ianya tidak mendatangkan faedah baik kepada PAS. Bincanglah isu lain yang lebeh penting kepada agama, bangsa dan negara. Penerimaan keatas seseorang itu bukan terletak diatas banyak mana gambarnya dipamerkan tetapi lebeh penting ialah bagaimana khidmat dan jasanya kepada rakyat.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>

Pemuda PAS Nasihat Nakhaie Dan Menteri sertai PAS Semula


Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Al-Tantawi menyeru bekas Yang Dipertua Yadim Datuk Nakhaie Ahmad dan dua menteri serta seorang timbalan menteri agar menyertai PAS semula. Mereka yang disebutkan itu pernah bersama-sama dengan PAS satu ketika dulu dan adalah sangat baik jika mereka kembali ke pangkuan perjuangan PAS semula demi kebaikan semua.

Menteri terbabit ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom,  Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Chik dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi serta seluruh ahli-ahli Umno yang cintakan Islam dan pernah bersama dalam perjuangan  PAS. Nasrudin menyatakan demikain ketika menyampaikan ucapannya pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Baru Trade Centre di sini hari ini.

Nasrudin menambah, melihat situasi kerajaan Umno-BN yang disertai mereka hari ini semakin zalim dan rakus dalam menerajui negara maka pelawaan ini dibuat.  Terdapat keputusan dan dasar yang dilaksanakan membawa negara ke arah kehancuran.


Kembara Jr..........  Mereka ini semuanya berpelajaran, berilmu dan bermemampuan untuk berfikir secara normal tetapi kenapakah masih menjurus mereka ke Umno/BN. Apakah kerana harta dan pangkat dicari maka mereka bersama kumpulan mereka sekarang atau apakah perjuangan PAS masih belum menyakinkan mereka sehingga mereka yang satu ketika dulu bersama PAS kemudiannya meninggalkan perjuangan tersebut. Dua faktor ini perlu difikir bersama demi kebaikan masa depan PAS.

Lawannn.....Tetappp.....Lawannn
Seterusnya >>>