Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Presiden Mahu Tanggongjawab Pemuda & Muslimat Diperkasa

Dewan Pemuda PAS digesa memperkasakan peranan mereka khususnya menangani golongan muda yang kini sedang dirosakkan pemikiran mereka dengan pelbagai budaya negatif.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda PAS selaku pelapis kepada kesinambungan perjuangan Islam perlu merangka strategi bagi mendekati golongan muda ini.

"Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada muktamar PAS hari ini.

Pemuda PAS juga katanya perlu meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas bagi menyampaikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat.

Di peringkat antarabangsa, peranan pemuda PAS juga katanya perlu diperhebat sebagai pendedahan menjadikan pemuda lebih matang, berketerampilan sekaligus menjadi aset penting perjuangan parti.

Sehubungan itu, pemuda PAS diseru meningkatkan penguasaan ilmu dan akidah perjuangan bagi menggerakkan perubahan.

"Kerana itu mereka perlu digandingkan dengan kepimpinan lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.

"Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar," katanya.

Mengulas peranan Dewan Muslimat pula presiden berkata, sudah tiba masanya PAS mengisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding menyampaikan dakwah.

Ini perlu katanya kerana suasana kini dibanjiri dengan pemikiran yang menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

"Sudah tiba masanya diisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding secara berjadual mengikut peranan dan tugas yang dibahagikan tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga yang menjadi asal tugasnya, dalam masa yang sama menolak serangan budaya negatif yang telah masuk ke dalam rumah, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau juga berkata, dalam konteks perjuangan Islam secara demokrasi dan muwajahah silmiyyah, para muslimat turut  berkewajipan menegakkan Islam.

Ujarnya, penglibatan muslimat dalam pilihan raya, samaada sebagai calon atau petugas, amat dihormati oleh kawan dam digeruni lawan.

"Teruskan keterlibatan para muslimat sekalian, dengan struktur yang lebih tersusun dan perancangan jangka pendek dan panjang, supaya sumbangan mereka itu akan leboh berkekalan kepada perjuangan kita ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, satu penghargaan wajar diberikan kepada seluruh ahli dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS, jentera HalWa dan Nisa' di atas penglibatan mereka dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

"Penglibatan mereka amat besar ertinya dalam sebuah perjuangan Islam di Malaysia ini. Muslimat telah membuktikan keupayaan mereka dengan penuh kecekalan dam kesanggupan mengharungi kepayahan dalam misi dakwah," katanya.

Kepimpinan parti juga sentiasa membuka ruang kepada para muslimat yang berwibawa, mampu dan layak untuk menjadi calon Muslimat dalam pilihan raya dan mengalu-alukan penglibatan mereka di peringkat pembuat dasar. :/Harakahdaily

0 Komen pengunjong :