Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja

mahfuz-omar2-aug2_400_308_100

KUALA LUMPUR – Bagi PAS, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya bersama cucu dengan jamuan bihun dan kuih sahaja, sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat cermat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengutuk majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri itu yang dilaporkan diadakan dengan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Mahfuz  menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Beliau mempersoalkan mengapa menteri itu mengadakan sambutan majlis hari jadi yang begitu mewah walhal Ahmad Zahid boleh mengadakan jamuan sederhana di rumah yang dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat umum.
“Saya amat terkejut apabila membaca berita berkenaan sehingga menimbulkan satu tanda tanya dari manakah sumber kewangan yang diperoleh untuk membiayai sambutan tersebut.
“Biarpun difahamkan ia adalah sambutan hari jadi yang dibuat sekali bersama cucunya namun kenapa tidak dibuat di rumah bersama keluarga, antara atuk dan cucu dengan hanya dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih. Saya rasa itu sudah mencukupi,” katanya kepada media.
Mahfuz berkata demikian mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider hari ini yang  mendedahkan  Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam dimana tetamunya mendakwa ia menjadi sambutan Tahun Baru.

-/ Malaysianinsider

2 comments :

  1. Rakyat perlu sedar dan terima hakikat bahawa bihun dan kuih adalah sesuai untuk yang kurang mampu , mana mungkin datuk seri yang ter mampu menjamu bihun dan kuih.... Mana ada kelas !

    ReplyDelete
  2. lembu2 yang sponsor bro,apa ada kisah????????

    ReplyDelete