Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SAMM akan saman untuk bersih nama



KUALA LUMPUR: Tuduhan kononnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa NGO sebagai penganjur 'himpunan guling kerajaan', ternyata melulu dan tersasar.

“Proses saman akan bermula dalam masa terdekat bagi membersihkan nama SAMM,” ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, aksi protes di Dataran Merdeka adalah kemenangan besar buat rakyat yang menjadi penganjur.

Katanya, kehadiran puluhan ribu demonstran menjadi bukti bahawa propaganda polis dan kerajaan gagal mengalih isu sebenar iaitu tuntutan menurunkan kos sara hidup.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Akhirnya Dataran Merdeka sekali lagi menjadi medan protes rakyat apabila seramai 50 ribu orang memenuhi segenap padang dan jalan di depan bangunan Sultan Hishamuddin. Ia satu lembaran sejarah baru selepas kali terakhir Dataran Merdeka menjadi medan protes rakyat ialah pada tahun 1998 tetapi kini ia berulang dengan kekuatan rakyat.

Aksi kebangkitan rakyat semalam menjadi berita dunia, melaporkan bahawa tahun 2014 bukan sahaja merupakan tahun melawat Malaysia, tetapi juga tahun perlawanan menuntut kos sara hidup diturunkan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merakam syabas dan tahniah buat semua anak muda aktivis dan mahasiswa khususnya mereka yang terlibat dalam Gerakan3112 #RPDM31D yang menjadi penggerak utama. SAMM juga ingin menegaskan beberapa perkara;

1. Dua pengumuman dari Perdana Menteri dan Timbalannya, untuk turun elaun menteri dan untuk kaji semula rasionalisasi subsidi merupakan salah satu kejayaan protes. Namun rakyat tidak mudah ditipu, potong gaji 10% tidak menutup pembaziran, ketirisan, salah guna kuasa dan sebagainya. Najib berani potong gaji menteri, apakah berani memotong perbelanjaan Rosmah?

2. Lebih 1,300 laporan polis yang dibuat oleh Umno dan NGO pro-BN kononnya akan berlaku keganasan pada malam tahun baru termasuk 'himpunan guling kerajaan' meleset sama sekali. Protes berlangsung dengan aman, tiada yang cedera dan tiada kerajaan yang terguling.

3. SAMM mengutuk cubaan fitnah pihak polis apabila menaikkan gambar palsu di laman facebook rasmi PDRM kononnya terdapat seorang anggota yang cedera parah ketika bertugas di Dataran Merdeka malam tadi. Walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh PDRM melalui laman yang sama, integriti polis dalam menyebarkan berita cukup terjejas. Ini juga bukan kali pertama, ketika Bersih 3.0 dulu berita kematian anggota polis disebar dan polis percaya propaganda jahat ini lalu bertindak ganas terhadap peserta demo.

5. Persembahan konsert dihentikan oleh penganjur setelah melihat peserta demonstrasi berbaju hitam memenuhi keseluruhan padang. Tiada seorang pun peserta himpunan yang naik ke pentas konsert seperti yang dilaporkan oleh TV3.

6. Ucapan Datuk Bandar yang berbaur provokasi tidak berjaya membangkit kemarahan rakyat untuk merampas pentas, malah hadirin tetap bertenang. SAMM turut menyifatkan konsert yang menelan belanja mewah RM15 juta itu wajar dihentikan oleh rakyat. Ini kerana ketika ramai yang terkesan kenaikan berantai kos sara hidup, sebuah agensi kerajaan sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat. Sepatutnya sambutan tahun baru perlu bersifat muhasabah.

7. Pihak polis menuduh SAMM dan beberapa NGO sebagai penganjur 'himpunan guling kerajaan', ternyata tuduhan ini melulu dan tersasar. Proses saman akan bermula dalam masa terdekat bagi membersihkan nama SAMM.

8. Aksi protes di Dataran Merdeka adalah kemenangan besar buat rakyat yang menjadi penganjur. Kehadiran puluhan ribu demonstran menjadi bukti bahawa propaganda polis dan kerajaan gagal mengalih isu sebenar iaitu tuntutan menurunkan kos sara hidup.

SAMM yakin gerakan rakyat ini tidak akan terhenti di sini. Protes akan diteruskan selagi kerajaan tidak 'turun' dan SAMM akan mengganda usaha untuk mobilisasi lebih besar dalam satu lagi himpunan raksasa yang dijangka berlaku pada Hari Buruh tahun 2014.

0 Komen pengunjong :