Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS kecam tindakan hipokrit Amerika-Israel dalam penggulingan Morsi


PAS mendahului parti-parti lain Pakatan Rakyat (PR) menyelar pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan Israel kerana menyokong rampasan kuasa di Mesir yang menyaksikan Presiden Dr. Mohamed Morsi digulingkan melalui kudeta tentera.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tindakan ini menunjukkan wajah sebenar AS dan Israel yang selama ini seringkali mempromosikan demokrasi.
“Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan pagi ini merujuk kepada AS dan Israel.
“Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi,” tambahnya lagi.
Menurut Nik Abdul Aziz, Mohamed Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihan raya yang sah dan beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal.
“Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki?
“Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihan raya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?” jelas Nik Abdul Aziz lagi.
Dalam kenyataan yang disiarkan melalui portal milik PAS Harakahdaily, Nik Abdul Aziz turut menyatakan kekesalannya berikutan penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir.
“Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir?” soal bekas menteri besar Kelantan itu.
Selepas rampasan kuasa baru-baru ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.
Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.
Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.
Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu.
Mohamed Morsi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun dalam demonstrasi besar-besaran yang digelar "Arab Spring". – 7 Julai, 2013.

0 Komen pengunjong :