Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Black 505: Ribuan mula berkumpul di 7 lokasi

Gambar sekitar Sogo

KUALA LUMPUR 22 Jun: Ribuan rakyat mula membanjiri tujuh lokasi yang ditetapkan sebelum bergerak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghadiri Himpunan Black 505 yang dijadual petang ini.
Tujuh lokasi tersebut di Jalan Pekeliling, ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.
Di Masjid Negara, keadaan mulai sesak dengan orang ramai yang sebahagian besar berpakaian hitam sejak pagi tadi.
Peniaga turut mengambil peluang membuka gerai dan  menjual  pelbagai jenis barangan seperti baju-T, makanan dan minuman.
Bagaimanapun, Dataran Merdeka ditutup oleh pihak polis bagi menghalang orang ramai menggunakan lokasi itu sebagai tapak berkumpul.
Manakala ratusan mulai berkumpul di Brikcfields, di sekitar Jalan Tun Sambanthan.
Di Jalan Sultan, peserta telah memenuhi bahu jalan dan dianggarkan melebihi 1000 peserta sekitar jam 12 tengahari.

Petaling Street

Mereka meminta kerajaan tidak memusnahkan bangunan bersejarah di Jalan Sultan, selain membantah penipuan PRU ke 13.  Lalu lintas mulai sesak ekoran semakin ramai ramai demonstran.
Di Jalan TAR, ratusan peserta dilihat berkumpul di kawasan masuk ke pusat membeli belah Sogo. Para peserta juga sudah ramai berhimpun di depan Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut.
Manakala lokasi kemuncak Black 505 iaitu Padang Merbok, suasana mulai meriah sejak jam 10.00 pagi dan  kenderaan dilapor bergerak lancar di Jalan Parlimen bersebelahan tempat himpunan itu.
Jalan-jalan lain sekitar seperti Jalan Sultan Salahhudin, Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu juga dilapor tidak berlaku kesesakan teruk. Pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kelihatan ramai di kawasan berkenaan, Manakala para peniaga tidak melepaskan peluang  menjual makanan, minuman, baju T dan lain-lain.

1 comment :

  1. jalan merbuk
    padang terbuka pewaris seni
    Anak Alam bermadah kata melakar warna diri
    a. latiff mohedeen, leon agusta, siti zainon ismail
    memutihkan bicara alam, bebas meratah dingin malam
    a. ghafar ibrahim dengan tak tun nya memukau embun
    di hujung rumput
    padang merbok, hari ini
    kau bersuara lagi....!!!!

    ReplyDelete