Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Blackout505: Hari solidariti rakyat kepada negara


INILAH yang dikata orang, rumah siap pahat berbunyi. Pilihan raya sudah berlalu, jentera kempen sudah pun masuk mood bekerja. Semua wakil rakyat yang bakal mengangkat sumpah minggu hadapan akan menerima elaun bulanan. Rakyat Malaysia sudah pun mula bersiap sedia untuk berhadapan kenaikan harga barangan akibat TPPA.
Tetapi, berlalunya PRU-13 kali ini bukan seperti berakhirnya musim pilihan raya yang lepas. Biarpun poster parti sudah diturun, bendera parti sudah disimpan, duit sewa khemah dan sistem PA sudah selesai dibayar, masih terasa benar wujud satu lagi ruang yang perlu diisi. Mengisi penipuan dengan kebenaran.
Suka saya mengambil buah kata Wiji Thukul, seorang penyair dan aktivis Indonesia yang ‘dilenyapkan’ dari massa dan dunia. Katanya, “Apabila usul ditolak tanpa ditimbang, suara dibungkam, kritik dilarang, dituduh subversif dan mengganggu keamanan, maka, hanya ada satu kata; LAWAN.”
Apa signifikan kata beliau ini?

Blackout505 bukan kerja Anwar
Ramai yang fikir bahawa himpunan Black 505 ini adalah kerja sosok Anwar Ibrahim yang kecewa akibat gagal menjadi Perdana Menteri dan ‘bertakhta’ di Putrajaya. Ada pula yang menuduh ini adalah plot Pakatan Rakyat (PR) untuk menumbangkan kerajaan dengan revolusi, ada pihak yang lebih spesifik menuduh ini adalah konspirasi DAP, parti yang paling sedikit ahli dalam PR.
Semua tuduhan ini jauh daripada maksud sebenar, iaitu demi mengembalikan kedaulatan demokrasi Malaysia dengan menjunjung Keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Ternyata, tuduhan mahu revolusi, mencetuskan keadaan anarkis sepertimana pernah di tuduh pimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk Dr Mahathir jauh panggang daripada api. Rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa mereka mampu menjaga keamanan negara ini.
Lihat sahaja Himpunan Hijau di Kuantan, Raub, Himpunan Kebangkitan Rakyat, semuanya berjalan lancar dan aman damai. Malah burung juga mampu berkicau, berlagu tanpa hambatan pedih asap kanister FRU.

Kesaksian rakyat
Rakyat sudah tahu, seperti penyaksian mata mereka dan kesaksian daripada media atas talian dan sebagainya. Ini bukan lagi zaman yang sesuai untuk kerajaan BN menakut-nakutkan rakyat. Ini adalah masa yang terbaik buat BN mengakui semua kealpaan dan kesilapan yang dilakukan dalam PRU-13 lalu. 51 peratus majoriti rakyat tidak bersama BN, mereka adalah kerajaan minoriti.

Ini himpunan rakyat, untuk rakyat, demi rakyat!
Perlu sedar, himpunan aman Blackout505 di Padang Merbok, esok bukan himpunan parti politik. Parti politik hanya sebagai wadah dan alat rakyat menyuarakan bantahan. Blackout505 adalah himpunan aman seluruh warga Malaysia yang cintakan keadilan dan sistem Demokrasi Berperlembagaan negara ini.
Sudah tentu, bantahan kali ini rentetan laporan wujudnya manipulasi dan penipuan terhadap sistem pilihan raya Malaysia. Lebih menyedihkan, tuntutan Bersih 3.0 sekadar dipandang sebelah mata. Sampaikan dakwat kekal yang diimport dengan harga jutaan ringgit itu pun menjadi instrumen auta mereka.

Hari menuntut keadilan
Esok bukan lagi hari kita berkumpul beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan bebas. Esok adalah hari seluruh rakyat Malaysia menuntut keadilan selepas pilihan raya.
Jangan khuatir, seperti yang tidak diajar pemimpin BN dan media kawalan mereka, berhimpun secara aman adalah hak demokratik kita yang wajar dihormati dan dijamin Perlembagaan Persekutuan. Ia sebahagian daripada demokrasi.
Siapa Zahid untuk mengugut kita, siapa BN untuk menghalang kita. Malaysia ini dibangunkan hasil titik peluh kita semua. Hanya ke bawah Duli Seri Paduka Yang Maha Mulia kita memberi ketaatan. Ayuh Malaysia! -Roketkini.com - See more at: http://roketkini.com/2013/06/21/blackout505-hari-solidariti-rakyat-kepada-negara-oleh-hafiz-zainuddin/#sthash.pc6rVTTw.dpuf

0 Komen pengunjong :