Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Maklumat AirAsia dan MAS bocor, Anwar dedah usaha bawa masuk warga asing


PETALING JAYA, 2 MEI: Terdapat bukti bagi mendakwa bahawa ada pihak tertentu dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri sedang cuba membawa masuk pengundi yang diragui dalam jumlah yang besar.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kemasukan pengundi dari pelbagai lokasi dalam jangka masa beberapa hari sahaja menjelang pilihan raya umum amat mencurigakan.
“Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini,” kata Ketua Umum PKR itu.
Menurut beliau, maklumat yang diperoleh pihaknya menunjukkan terdapat 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.
“Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo… jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan ketika musim mengerjakan haji,” ujarnya.
Menurut beliau, berdasarkan kiraan pihaknya menjelang hari mengundi sekurang-kurangnya 40,500 orang diterbang masuk sambil menambah bahawa maklumat yang diterima turut menunjukkan bahawa penumpang terbabit adalah warga asing.
Maklumat yang diterima daripada pekerja syarikat penerbangan MAS dan AirAsia turut termasuk salinan komunikasi email di antara MAS dengan pejabat Perdana Menteri berkenaan penerbangan berkenaan.
Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat kebanjiran masuk pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan laluan masuk pengangkutan laut.

– Roketkini.com

0 Komen pengunjong :