Lebih 15,000 hadir ceramah Anwar, Nurul Izzah di Lembah Pantai

IMG_0296

KUALA LUMPUR 4 MEI: Lebih 15,000 hadir ke ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat Lembah Pantai di perkarangan kompleks beli belah Bangsar South di sini, malam ini yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suasana seperti pesta dengan kehadiran penduduk Lembah Pantai dari pelbagai bangsa dan segenap lapisan umur dengan masing-masing duduk aspal jalan menunggu kehadiran Ketua Umum KEADILAN itu dan penyandang Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Meskipun dengan notis singkat berikutan sabotaj dari Umno BN , program yang awalnya dirancang berlangsung di surau flat PPR Kerinchi tetap mendapat sambutan hangat dari rakyat .
Orang ramai yang menunggu sejak jam 6 petang bersorak sebaik Nurul Izzah dari arah Masjid Toh Puan Rahah yang terletak bersebelahan tapak ceramah kira-kira jam 8.30 malam.

IMG_0529

Orang ramai melaungkan slogan ‘Reformasi’, Ini kalilah!, ‘Tukar! dan ‘Ubah’ disambut tiupan vuvuzela. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan Nurul Izzah.
Keadaan menjadi gempita sebaik sahaja pengacara majlis mengumumkan ketibaan Anwar kira-kira jam 8 malam.
Dengan nada bersemangat, Anwar menyeru pengundi Lembah Pantai mengundi Pakatan dan mengekalkan Nurul Izzah demi membantu pertambahan jumlah kerusi bagi menawan Putrajaya.
Anwar turut meminta rakyat menjadi sukarelawan dan membantu Pakatan supaya menggalakkan rakan-rakan dan saudara-mara untuk keluar mengundi awal dan melakukan perubahan.

IMG_0485

Beliau kemudian bergegas ke lapangan terbang untuk meneruskan program Grand Finale Pakatan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di Pulau Pinang.

1 comment :

  1. ya Allah .... berilah kemenangan kepada kami untuk kami lakukan perubahan ke arah yg lebih baik .... aamiin.

    ReplyDelete