Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kapitalis: Kenapa Mukhris takut sangat

ALOR SETAR: Adakah Datuk Mukhriz Mahathir melakukan perkara buruk sehingga beliau takut sangat apabila dikatakan beliau seorang kapitalis, kata calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.
"Apa salahnya panggilan kapitalis kerana ia tidak semestinya buruk.

"Kamus sendiri mentakrifkan kapitalis sebagai 'orang berharta yang menggunakan wangnya untuk melabur di dalam perdagangan atau industri untuk mendapatkan untung sesuai dengan prinsip-prinsip kapitalisme'.

"Adakah Mukhriz fikir maksud kapitalis itu ialah 'seseorang yang menjadi jutawan cara mudah tanpa susah payah dan hanya menggunakan kuasa bapanya sebagai Perdana Menteri dan membelasah wang rakyat untuk melabur bagi mendapatkan untung melalui jalan-jalan nepotisme dan kronisme'?" soal Naib Yang Dipetuan PAS kawasan Kuala Kedah itu.

Mohd Nasir menyifatkan reaksi anak bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai memeranjatkan.

"Kita tahu, sebelum beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz adalah seorang ahli perniagaan dan jutawan tersohor di negara ini.

"Yang menghairankan, kenapa dia paranoid sangat apabila disifatkan kapitalis?

"Adakah beliau melakukan amalan perniagaan tidak beretika, melakukan taktik perniagaan tidak bermoral dan jahat atau menyalahgunakan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri untuk cepat menjadi jutawan?" Mohd Nasir mempersoalkan.

Mukhriz yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam melenting apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengatakan beliau seorang kapitalis.

Beliau juga mengancam akan mengambil tindakan undang-undang.

"Mengapa pula anak Dr Mahathir itu hendak mengambil tindakan undang-undang?

"Walaupun kita tahu ayahnya adalah Perdana Menteri yang pertama di negara ini yang mempunyai anak-anak bertaraf jutawan dan mempunyai perniagaan yang besar-besar ketika beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri.

"Tetapi kita tidak pula kata Mukhriz akan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan perniagaannya dan perniagaan adik beradiknya jika beliau mencapai idamannya untuk menjadi Menteri Besar Kedah," kata Mohd Nasir lagi sambil mengharapkan Mukhriz tidak terbawa-bawa dengan sikap paranoidnya itu.

Untuk rekod, ketiga-tiga Perdana Menteri sebelum Dr Mahathir tidak mempunyai anak-anak bertaraf jutawan dan mempunyai perniagaan yang besar-besar ketika masih lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

0 Komen pengunjong :