"Hari ini saya difitnah dengan penyebaran SMS kononnya saya membuat kenyataan berbaur perkauman ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.
SMS fitnah itu berbunyai, "Cina telah cuba tolak kuasa melayu tetapi gagal. "CHINESE ARE NOT THE KING MAKER" Sekarang masa mlayu bersatu utk ajar cina..
Sebarkan."
Salahudin menafikan sama sekali beliau menyebarkan SMS itu dan menyifatkannya sebagai bertujuan untuk melagakan beliau dengan masyarakat Cina itu.
Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, Salahudin tewas di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya di Parlimen Gelang Patah.
BN pula menyalahkan pengundi Cina atas kekalahan teruk mereka di kerusi-kerusi bandar dengan berkata, 'tsunami Cina'.
Utusan pula menyiarkan kenyataan muka depan bertajuk, "Apa lagi Cina mahu'. Kenyataan ini dipertahankan pula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun mempromosikan konsep 1 Malaysia.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai sms tersebut, bukan saya
yang menghantarnya tapi ada orang gunakan nombor telefon saya dan hantar
sms itu.
"Saya dapat tahu apabila ramai yang menghubungi saya
bertanya mengenai sms itu," kata Salahudin ketika menghubungi
Harakahdialy hari ini.
Sambil menyelar pihak yang melakukan perbuatan tidak
bertanggungjawab itu, beliau menyeru orang ramai khususnya penyokong
Pakatan Rakyat agar mengabaikan sms tersebut.
"Saya menyeru orang ramai jangan percaya dengan sms tersebut sebaliknya kekal bersatu antara kaum.
"Pakatan Rakyat tidak pernah mengamalkan politik rasis dan
saya kutuk sekeras-kerasnya pihak yang melakukan perbuatan ini,"
tegasnya.
0 Komen pengunjong :