KUALA LUMPUR, 10 Mei — DAP tidak berminat langsung untuk menyertai Barisan Nasional (BN) kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng menjawab cadangan daripada bekas menteri penerangan dari Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin baru-baru ini.
Menurut
Lim, jika DAP mahu, mereka sudah boleh menyertai BN 40 tahun lalu akan
tetapi parti itu berpegang teguh kepada idealisme, prinsip dan polisi ke
arah Malaysia yang lebih adil, bebas dan demokratik.
“DAP tidak berminat langsung untuk menyertai BN demi jawatan, kerana
jika kami mahu, kami telah buat begitu 40 tahun lalu,” kata ketua
menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Sekiranya pemimpin DAP boleh berpegang teguh dan bersatu hati di
saat ia kalah dalam pilihan raya, tidak sangsi lagi bahawa DAP akan
tetap bersatu hati sekarang ketika ia berjaya memenangi jumlah kerusi
tertinggi dalam sejarah parti, iaitu sebanyak 38 kerusi Parlimen dan 107
kerusi DUN,” tambah beliau lagi.
Setiausaha agung DAP itu mengatakan, cadangan untuk menyertai BN ini
dibuat oleh seorang Ahli Parlimen MCA dan seorang bekas menteri Umno
yang rasis dan bertujuan melemahkan kempen PR menuntut reformasi pilihan
raya dan memecahkan perpaduan gabungan tersebut.
“Keperluan reformasi pilihan raya ini adalah sorotan daripada
ketidakadilan dalam keadaan Pakatan Rakyat menang undi popular di PRU ke
13 tetapi tidak berjaya mendapat kuasa pentadbiran daripada BN.
“Bagaimana mungkin BN menang kuasa di Perak padahal Pakatan Rakyat
menang 55% undi popular? Sama juga bagaimana BN terus berkuasa di
Kerajaan Persekutuan padahal Pakatan Rakyat mendapat 51% undi popular,
peningkatan 3% undi tersebut yang mebolehkan Pakatan Rakyat menambah 7
kerusi Parlimen daripada 82 ke 89,” katanya.
Semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan “tiada pertimbangan” untuk parti politik DAP menyertai musuh ketat mereka BN.
“Saya tidak akan mempertimbangkan perkara itu tetapi kita menantikan
cadangan seperti itu diutarakan,” kata Penasihat DAP itu kepada
pemberita semalam.
Zainuddin baru-baru ini menyarankan DAP supaya menyertai BN bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.
Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta
penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan
kestabilan politik negara.
“Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan
BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation
setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai
kejatian diri Malaysia,” katanya dalam blognya Zamkata.
Kenyataan Zainuddin dikeluarkan selepas MCA gagal memperbaiki
prestasi mereka berbanding Pilihan Raya 2008 yang memenangi 15 kerusi.
Kali ini parti itu hanya menang tujuh kerusi, menyebabkan Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengotakan janjinya parti itu tidak akan
menerima sebarang jawatan dalam kerajaan.
Gerakan, yang juga komponen BN turut mengalami nasib sama apabila prestasi mereka menurun, dan akan mengikut jejak langkah MCA.
“Bukan disebabkan kalah teruk, tak bermakna kamu perlu menolak jawatan itu.
“Kita boleh menerima atau menolak jawatan itu sekiranya berlaku
perbezaan dalam polisi kerajaan, kamu boleh menolaknya,” kata Presiden
Gerakan, Datuk Chang Ko Youn dipetik laporan akhbar The Star.
BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk
Parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan
dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi PR, DAP memperolehi kerusi terbesar iaitu 38 kerusi.
BN turut hilang undi popular kepada PR, pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan.
Tahniah DAP dgn pendirian tu.umporno be end ni bila terdesak mula la cari musuh2 depa utk bergabung.tak guna punya perangai.
ReplyDelete