Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN menang dalam penolakan - Khalid Samad

SHAH ALAM: Biarpun BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan 'kemenangan yang dipersoalkan', hakikatnya parti itu perlu sedar bahawa mereka gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad, berkata ia boleh dilihat dari undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)kelmarin di mana Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi, berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.

“Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.

“Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri,” kata Khalid.

Najib ketika mengulas kemenangan BN sejurus berjaya pemperolehi keputusan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah berkata, kemerosotan BN pada PRU13 ini akibat Tsunami kaum Cina.

Bagaimanapun ramai melihat alasan Najib itu sekadar mahu menutup hakikat sebenar iaitu Tsunami rakyat Malaysia keseluruhannya menolak BN.

Ia bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina, tetapi juga pengundi muda, serta Melayu bandar yang juga secara jelas menolak BN pada PRU13 ini.

0 Komen pengunjong :