"Projek 16 September" tidak akan berlaku sekali lagi, sebaliknya Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang menjadi keutamaannya
kini ialah memenuhi permintaan rakyat untuk memastikan pilihan raya di
negara ini bersih dan adil.
Menurut Anwar, Pengerusi BN Datuk
Seri Najib Razak telah menang dalam pilihan raya kali ini dengan
penipuan apabila terdapat beberapa dakwaan mengenai "pengundi hantu"
serta pembelian undi semasa hari mengundi.
"Tidak (akan berlaku
16 September). Tetapi untuk masa sekarang kamu (kerajaan) perlu memenuhi
kehendak rakyat. Kamu (kerajaan) telah curi pilihan raya ini daripada
rakyat.
"Dan kita mahu, kerajaan sekarang menerima kenyataan
bahawa kesahan penubuhan kerajaan mereka akan dipersoalkan. Mereka harus
mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang
bersih dan adil.
"Ini bukan mengenai politik tetapi rakyat amat
mahukan perubahan. Mereka berharap dan berdoa tentang suatu jangkaan
yang sah daripada rakyat," katanya dalam temubual bersama
Malaysiakini.
Beliau
berkata demikian ketika ditanya adakah tentang kemungkinan berlakunya
projek 16 September seperti pada tahun 2008 sekali lagi.
Pada
2008, Anwar membuat pengumuman akan berlaku perubahan kuasa pada 16
September apabila seramai 30 ahli parlimen BN didakwa akan menyertai
Pakatan.
'Keputusan amat menyedihkan saya'
Sementara itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Najib tentang
"perdamaian nasional" serta "tsunami Cina", Anwar berkata, ia
seolah-olah menunjukkan tanda "bermurah hati" kerajaan kepada rakyat.
Sebaliknya,
Anwar berkata, Najib menyalahkan kaum Cina apabila mengatakan
berlakunya "Tsunami Cina" selepas mengetahui keputusan pilihan raya umum
semalam.
"Itu mungkin nak tunjukkan tanda-tanda bermurah hati
tetapi itu bercanggah dengan diri dia apabila mempersalahkan (kekurangan
undi BN) akibat tsunami Cina.
"Dia sepatutnya memahami apa masyarakat Cina mahukan dan kenapa kamu tidak boleh menghadapi isu ini.
"Saya
kesal kerana dia (Najib) membawa isu perkauman. Perkara ini tidak benar
dan 'nakal'. Saya tidak akan mendukung aliran perkauman dan budaya
(perkauman) ini. Sifat tidak mewakili budaya Melayu dan Islam," katanya.
Selain itu dalam temubual itu juga, Anwar turut melahirkan kekecewaan dan sedihnya tentang keputusan pilihan raya umum semalam.
Beliau
bagaimanapun tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha
bagi mengembalikan kepercayaan rakyat bersama Pakatan.
"Ia amat menyedihkan saya. Tidak dapat digambarkan kekecewaan ini.
"Ya
(Pakatan akan kekal bersama). Saya lihat Terengganu juga berpotensi.
Kita akan pergi kepada proses dan akan mendesak untuk mempunyai satu
sistem pilihan raya yang benar dan bebas," katanya lagi.
0 Komen pengunjong :