Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bapa Saiful Bukhari terima tekanan keluarga, Umno

bapak-Saiful

KUALA LUMPUR : Tekanan yang berterusan daripada anggota keluarga dan Umno menyebabkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menarik balik kenyataan beliau sebelum ini, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

“Beliau (Azlan) beberapa kali menghubungi saya dan mengatakan beliau dalam keadaan yang amat tertekan dengan tekanan keluarga dan pihak tertentu, iaitu Umno,” kata Johari kepada Keadilan Daily.
Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengesahkan bahawa kes Fitnah II adalah hasil konspirasi peringkat tertinggi Umno.
Azlan turut mendedahkan bahawa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab termasuk pegawai Datuk Seri Najib Razak, Khairil Anas Jusoh.
Bagaimanapun, semalam Azlan sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa kes Fitnah II benar-benar berlaku.
“Selepas jelajah untuk menerangkan kepada orang ramai tentang konspirasi yang dikatakannya berakhir, kami beberapa kali berhubung dan dia menceritakan bagaimana dia menerima tekanan,” sambung Johari.
Menurut calon Parlimen Sungai Petani itu, keluarga tunang kepada Saiful merupakan penyokong tegar Umno dan sering mengugut untuk memutuskan pertunangan sekiranya Azlan masih terus membuat pendedahan.
“Kemudian, ada pula salah seorang ahli keluarga mereka meninggal dunia, dan Azlan seperti dipersalahkan atas kejadian itu. Sebagai bapa beliau merasa serba salah.
“Azlan bagaimanapun tidak menceritakan dengan terperinci tekanan bagaimana yang beliau terima dari Umno,” katanya.
Tambah Johari, beliau beberapa kali menasihatkan Azlan agar menguatkan semangat dan teruskan dengan pendirian.
“Tapi dia memang tak kuat, di usia beliau 60 tahun, beliau tidak ada kekuatan untuk mempertahankan keputusannya.
“Saya yakin muslihat Umno menjelang tiga hari membuang undi tidak akan berkesan. Rakyat tahu menilai apa punca di sebalik kenyataan Azlan itu. Beliau cuma dipergunakan untuk tujuan pilihan raya,” kata Johari lagi.

0 Komen pengunjong :