Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hentikan menyalahkan komuniti lain atas prestasi buruk BN - Pak Lah


KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) di peti undi Ahad lalu.
"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas perdana menteri yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009 selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya, bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.
Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan Raya 2013.
"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini," katanya dalam mesej kepada pembangkang.
"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia."

0 Komen pengunjong :