Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) hari
ini menyatakan kekesalannya terhadap pihak yang mempertikaikan
kewibawaan tinjauan mereka selepas Datuk Seri Najib Razak menyatakan
tidak bersetuju.
Malah, kata Sekretariat Umcedel, sikap pengerusi
BN itu berbeza sama sekali dengan sebelum ini apabila Umcedel
membentangkan kajiannya bahawa gabungan parti pemerintah akan terus
berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13.
Pada
masa itu, kata mereka, Najib mengaku teruja dengannya dalam sebuah
program di Kuantan pada 21 Januari tahun lepas dan kenyataan itu diulang
dalam siaran televisyen dan tiada sebarang persoalan ditimbulkan
tentang kajian itu.
Kenyataan itu juga katanya terakan di blog politik dan masih boleh dibaca hingga hari ini.
Najib semalam berkata beliau tidak bersetuju
dengan tinjauan Umcedel yang menyebut beliau berada empat mata di
belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tinjauan BN
mendapati beliau mendahului.
Tinjauan Umcedel berdasarkan 1,407
sampel itu menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi
perdana menteri berbanding Najib yang mendapat 39 peratus.
Beberapa
tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan itu dengan
mendakwa saiz sampel 1,407 terlalu kecil dan kemungkinan keputusan
tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dalam
kenyataannya hari ini, Sekretariat Umcedel berkata, pihaknya sedia
berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti
lebih lanjut kajian mereka.
"Pandangan dan komen separuh masak
yang tidak mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian
tersebut amat dikesali," kenyataan itu dpetik.
Umcedel juga mempelawa pihak yang berminat supaya melayari laman sesawang mereka untuk mengetahui buiran lanjut kajian mereka.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
18 hours ago
0 Komen pengunjong :