
“Parti Melayu dalam pembangkang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sokongan daripada komuniti Melayu di Johor, jadi kehadiran Kit Siang di selatan Johor terutamanya, telah mengubah situasi,” kata Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center.
Penentangan Johor terhadap PAS dan PKR menurut Ibrahim, berkait dengan sejarah. Negeri yang independen itu sudah biasa menguruskan urusan sendiri lama dahulu dan ia merupakan negeri terakhir dimasukkan dalam pemerintahan penjajah Inggeris.
Ia telah mendirikan tembok agama yang kuat sehingga tidak memberikan ruang kepada rakan parti Islam dalam PR PAS untuk bertumbuh di Johor oleh kerana sekolah agama didanai dan diuruskan oleh kerajaan negeri. Sebagai tambahan menurut Ibrahim, PAS dilihat sebagai pengaruh dari utara.
Tetapi lima tahun selepas Pilihan Raya 2008, perubahan jelas sudah dirasakan di Johor.
Isu dibangkitkan oleh PR sepanjang beberapa tahun lalu sudah boleh diterima oleh golongan muda dengan melihat kepada reaksi ribuan yang berhimpun di tempat letak kereta terbuka Sutera Mall untuk mendengar Kit Siang, pengerusi DAP negeri Dr Boo Chang Hau dan naib presiden PAS yang merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, Salahuddin Ayub untuk bercakap.
0 Komen pengunjong :