Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sokongan Najib merudum jika terus membisu

Saiful

KUALA LUMPUR 18 MAC: Kebisuan Najib Razak berhubung pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa anaknya dipergunakan dalam Fitnah II untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim akan menurunkan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib perlu menjelaskan pendedahan Azlan Mohd Lazim berkenaan penglibatan beliau dalam konspirasi itu.
“Sikap berdiam Najib hanya akan mengurangkan sokongan rakyat kepada beliau yang sudah menurun.
“Najib selaku individu yang dikaitkan dalam Fitnah II perlu jelaskan kepada rakyat mengenai pengakuan bapa Saiful. Jika gagal, beliau pasti ‘dihukum’ rakyat,” kata Nik Nazmi ketika dihubungi.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu, Najib tidak boleh mengelak menjawab isu ini berikutan pengakuannya menemui Saiful sebelum mendakwa diliwat.
Sebelum membuat laporan polis, Saiful dilaporkan menemui Najib dan pegawainya yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
Pertemuan itu disahkan Najib yang mengakui beliau didatangi Saiful di pejabatnya bagi memohon biasiswa.
“Sedikit sebanyak nama Najib terpalit kerana melibatkan pegawai khas beliau. Najib mesti jawab pengakuan yang dibuat bapa Saiful.
“Jelaskan apa peranan beliau dalam Fitnah II kerana persoalan itu hingga kini belum terjawab,” kata Nik Nazmi.
Azlan pada 8 Mac lalu membuat pengakuan anaknya dipergunakan pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh.
Katanya, individu tersebut merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar dengan memperalatkan anaknya.
Menurut Azlan, semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau dirancang dan diskripkan peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas. – NS

0 Komen pengunjong :