KUALA
LUMPUR, : Gelaran ‘pengkhianat bangsa’ diguna pemimpin
UMNO-Barisan Nasional (BN) kepada ahlinya yang belot dan menyertai parti
lain terutama DAP tambahan pula ia dimomokkan sebagai parti cauvinis
dan pelampau.
Bekas pemimpin UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri menyifatkan
tuduhan itu sebagai angkuh dan syok sendiri apabila UMNO mendakwa mereka
pembela dan mewakili Melayu,
Ariff yang lebih dikenali sebagai Sakmongkol AK47 berkata, anggapan
hanya orang Melayu yang menyertai UMNO sebagai Melayu, sebaliknya Melayu
yang menyertai parti lain dianggap kurang ‘Melayunya’ adalah tidak
betul.
Ariff berkata, perumpamaan sedemikian sangat dangkal kerana setelah
menyertai DAP, sifat Melayu dan Islam beliau tidak sedikit pun berubah.
“Saya berada di luar UMNO, Melayu saya tak kurang, Islam saya juga tidak kurang.
“Saya nak sebut, kamu (UMNO) nak mewakili Melayu pun tak boleh.
Sebab, pada 2008, ada sekurang-kurangnya 5.7 juta pengundi Melayu, calon
UMNO hanya dapat dua juta undi.
“Ini menunjukkan, 3.7 juta pengundi Melayu pula tak beri undi pada
UMNO. Maka, kalau lihat daripada undi, memang memalukan kalau dakwa diri
sebagai jurubicara mewakili orang Melayu,” jelasnya dalam temuramah
eksklusif.
Katanya lagi, slogan pembela Melayu yang sering dilaungkan UMNO itu
sekadar untuk sedapkan diri sendiri dan jauh daripada realiti yang
berlaku.
“Berdasarkan fakta, realitinya lebih ramai orang Melayu menolak UMNO
berbanding mereka yang menyokong UMNO,” ujar beliau yang juga bekas ADUN
Pulau Manis.
Mengenai penerimaan orang Melayu kepada perjuangan DAP, Ariff
berkata, orang Melayu semakin menunjukkan minat dan tidak lagi takut
atau benci kepada DAP seperti sebelumnya.
Menurutnya, ia diperkukuhkan lagi dengan pentadbiran Kerajaan Negeri
Pulau Pinang yang mengamalkan prinsip cekap, akauntabel dan telus yang
antara lain memberi manfaat besar bukan sahaja kepada orang Melayu malah
meliputi semua rakyat negeri itu.
Tambah beliau, ini termasuk pembelaan terhadap kebajikan orang Melayu
dan kemajuan Islam di negeri itu melalui pelbagai insentif, bantuan dan
dasar.
“Banyak yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk kemajuan
orang Melayu dan Islam. Cuma media yang dikawal UMNO yang menyembunyikan
fakta berkenaan.
“Hari ini orang Melayu mulai sedar perjuangan DAP ialah untuk
menubuhkan sebuah kerajaan yang baik dan melaksanakan dasar yang adil
dan saksama dengan amalan urus tadbir yang cekap dan amanah. Itu yang
paling penting,” ujar beliau.-Roketkini.com
0 Komen pengunjong :