Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Serah kepada Pakatan jika BN tidak mampu tadbir

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan meminta Barisan Nasional menyerahkan Malaysia kepada Pakatan Rakyat jika tidak mampu untuk mentadbir bagi menjadikan Malaysia dengan lebih baik.
Perkara tersebut diutarakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad ekoran kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung Manifesto Rakyat ‘Pakatan Harapan Rakyat’.

Mohamad mempertikan bagaimana Pakatan mendapat dana bagi merealisasikan manifesto tersebut.

Malah Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga turut menyindir secara sinis tentang janji Pakatan untuk menghapuskan tol.

"Kenyataan tersebut menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak mampu malah tidak pernah memikirkan bagaimana cara untuk memberi keuntungan kepada rakyat melalui kebajikan.

"Negara kita kaya dengan sumber bumi, tetapi BN gagal memanfaatkan dan melalui pentadbiran BN juga banyak kes rasuah dan penyelewengan wang berlaku terutama dalam kalangan pimpinan BN sendiri," jelas Nor Azman.

Menurutnya lagi, wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat tetapi akhirnya diboroskan oleh pimpinan BN.

Sebagai contoh kes yang memalukan BN yang berlaku di Negeri Sembilan iaitu melalui Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan RM 250 juta duit rakyat, jelas beliau.

"Tindakan kerajaan menghapuskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli yang bernilai RM 589 juta menimbulkan kemarahan rakyat kerana rakyat dibelenggu kemiskinan tetapi kroni BN mendapat untung.
"Ini hanya sedikit isu yang ditimbulkan, dan sudah nyata bahawa Malaysia sememangnya kaya dan kekayaan tersebut mesti dibahagikan kepada rakyat bukan untuk kroni," sambung beliau lagi.

Nor Azman yakin, pimpinan BN sangat fobia dengan manifesto Pakatan sehingga mereka tidak membaca dengan teliti setiap inci perancangan di dalam manifesto tersebut.

Tambahnya lagi, Mohamad sepatutnya malu mengeluarkan kenyataan tersebut kerana secara terang terangan telah menjelaskan bahawa BN memang tidak mampu mentadbir Malaysia dengan baik.

0 Komen pengunjong :