Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Saiful dakwa ayah jadi mangsa politik Anwar.... Pulak Dah !!!!!

NONESaiful Bukhari Azlan meminta ayahnya, Azlan Mohd Lazim kembali ke pangkal jalan kerana didakwanya "telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim".

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sidang media sebentar tadi selepas bapanya pagi tadi memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua umum PKR itu selama ini satu konspirasi politik.

"Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya," kata Saiful.

"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan hingga akhir hayat," katanya sambil menambah beliau telah memaafkan bapanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu sebab ayahnya membuat dakwaan itu pagi tadi.
Katanya, beliau sendiri sebelum ini langsung tiada masalah dengan ayahnya itu dan kali terakhir berbual dengan beliau menerusi telefon semalam.

Saiful yang memberitahu dia akan berkahwin dua minggu lagi, berkata, dia dan bapanya turut bercuti ke Kelantan baru-baru ini dan ada bertemu lagi dengan bapanya Isnin lalu.

NONENamun, cubaan untuk menghubungi bapanya tengah hari tadi gagal kerana bapanya dipercayai mematikan telefonnya, kata saiful lagi.
Menurut Saiful, beliau yakin ayahnya "menjadi mangsa politik Anwar" kerana sidang media ayahnya pagi tadi diaturkan seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, dan dilakukan untuk "mengalih perhatian isu pengkhianat negara".

"Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim," katanya yang turut ditemani peguam pemerhati kesnya sebelum ini, Zamri Idrus.

Dalam sidang media pagi tadi, Azlan turut mendakwa segala kenyataan Saiful dalam perbicaraan liwatnya sebelum ini diaturkan oleh Zamri.

Menjawab soalan wartawan, Zamri menafikan perkara itu dan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azlan berhubung dakwaan tersebut.

1 comment :

  1. baguslah kalau sudah sedar kubor kata mari rumah sudah halau pergi.tuan hj saiful bila lagi?.

    ReplyDelete