Laporan serangan berdarah terhadap penceroboh di lahad datu yang
mengorbankan beberapa orang termasuk pasukan keselamatan Malaysia telah
disebarkan di media-media masa dikala ini.
Malaysiakini
melaporkan Polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja
Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan
Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di
Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.
Apa yang menghairankan
dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden Benigno Aquino
menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan
ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.
Ini
kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak
murah dan kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai
mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.
Dari mana dana itu? Dari siapa?
Begitulah antara kenyataan Presiden Benigno Aquino seperti dilapor
viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III
sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Tetapi persoalan yang
berlegar-legar di kalangan rakyat Malaysia termasuk dari warga tentera
sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh memasuki Malaysia padahal
angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan canggih.
Menurut Bekas
Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd
Hamid, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis
Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja
Malaysia dan TLDM.Kita ada bot laju, CB90 (combat boat)
"Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas," katanya.
Kita
ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Ops Pasir Laut ialah
operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah
oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops
Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC)
dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal
peronda ATB dan helikopter Nuri.
Kalau dianalisis dari pengalaman dulu ia seakan hampir sama keadaannya dengan peristiwa Al-Maunah di Sauk di kala hampirnya PRU.
Adakah
ini semua untuk manfaat politik? Kalau dilihat kembali peristiwa
Al-maunah yang kejadiannya tidak masuk akal apabila satu Land Rover
boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.
Persoalan
besar yang perlu dijawap kerajaan ialah bagaimana kumpulan bersenjata
ini boleh mendarat di Pantai Tanjung Labian, mara jauh ke Kampung Tandou
dan berkampung di sana.
Mereka menyusup berjalan kaki dengan
skala yang sebesar ratusan askar malah menurut Philippine Daily Inquirer
memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata,
beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500
lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.
Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?
Oleh yang demikian adakah mungkin kerajaan UMNO menyembunyikan fakta sebenar yang tidak mahu rakyat mengetahuinya??
Al-fatihah
dan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban Inspektor Zulkifli
Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46. Semoga Roh mereka ditempatkan
bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama dengan para
syuhada.
SEMUA INI KEHENDAK ALLAH MUNGKIN ADA BENDA LAIN YANG PERLU DITELITI DARI SUDUT AGAMA,DOSA DENGAN ALLAH BOLEH KITA MOHON KEAMPUNAN TETAPI DOSA KITA DENGAN MANUSIA , JIKA TIDAK DIAMPUN
ReplyDeleteBERBAGAI BALA ALLAH TURUNKAN.JADI MOHONLAH KEAMPUNAN DARI MEREKA YANG TELAH DI...............