Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengakuan Azlan buka ruang pendakwaan qazaf

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar mendesak Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mengenakan suatu pertuduhan qazaf ke atas Saiful Bukhari Azlan di atas aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar sebelum ini.

Naib Presiden PAS itu merujuk kepada kenyataan rasmi bertarikh 8 Mac yang dikeluarkan oleh Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari pengadu di dalam kes jenayah liwat yang melibatkan Anwar.

Katanya, di dalam kenyataan tersebut Azlan membuat pengakuan bahawa beliau percaya anaknya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk oleh seorang Pegawai Khas kepada Perdana Menteri bagi merencana fitnah jahat untuk menjatuhkan dan mengaibkan Anwar.

“Pengakuan oleh Azlan ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana kita yakin sejak dari awal lagi bahawa pertuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar hanyalah semata-mata konspirasi politik dengan memperalatkan institusi pelaksana hukum,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Justeru, tegasnya pengakuan terbaru oleh bapa Saiful Bukhari itu sewajarnya menjadi alasan yang kuat bagi Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan untuk memulakan pendakwaan kes qazaf ke atas Saiful Bukhari di Mahkamah Syariah selaras dengan kuasa berkaitan pendakwaan yang termaktub di dalam Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Katanya, pihak Ketua Pendakwa Syarie dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak perlu lagi berdolak dalik dan mencipta perbagai helah untuk tidak mendakwa Saiful Bukahri di atas kesalahan qazaf.

0 Komen pengunjong :