Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pendakwaan politik, peguam mahu ketepi tuduhan keatas Tian Chua

n surendran new_250_220

KUALA LUMPUR 14 MAC: Pasukan peguam Tian Chua akan memfailkan pembatalan tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu.
N Surendran berkata, proses itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
Tian dituduh pagi ini mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan kontroversi isu Lahad Datu yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.
Kata Surendran, pendakwaan mengikut akta itu bertentangan sudut perundangan dan bersifat politik.
“Kita beritahu mahkamah (pagi tadi) bahawa Perdana Menteri telah umumkan Akta Hasutan akan dimansuhkan. Pengunaan akta ini salah di sisi undang-undang dan tidak sesuai digunakan lagi,” kata Surendran kepada pemberita.
Datuk Seri Najib Razak pada Julai tahun lalu kononnya mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan bakal diganti dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional.
Berikutan pengumuman itu, KEADILAN menggesa Najib memansuhkan Akta Hasutan 1948 tanpa menggantikannya dengan sebarang akta yang mempunyai kuasa drakonian yang sama.
“Maknanya PM menipu rakyat kerana Tian didakwa mengikut akta ini,” kata Surendran.
“Ia tuduhan jahat dan tidak masuk akal kerana salah guna kuasa mahkamah dan politik. Tuduhan ini bersifat politik oleh kerajaan yang terdesak,” sambungnya.
Beliau turut mengecam soal siasat polis dan kerajaan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.
“Tian didakwa, (Mohamed) Azmin (Ali) pula disoal siasat, ramai pembangkang kena soal siasat,” sinis Surendran.
Mengikut peruntukan di bawah akta tersebut, hukuman denda dikenakan tidak melebihi RM5,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Semalam, Azmin, Timbalan Presiden KEADILAN disiasat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan isu projek IC

0 Komen pengunjong :