Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pencerobohan sepatutnya boleh ditangani segera – Anwar


KUALA LUMPUR 6 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata, sepatutnya boleh ditangani dengan segera.
Berdasarkan penerangan bekas-bekas jeneral kanan tentera yang menyertai KEADILAN, beliau percaya ketumbukan tentera Malaysia mempunyai kekuatan untuk menangani pencerobohan itu dalam masa singkat.
“Perkara ini boleh ditangani dengan segera kerana saya percaya dengan kapasiti pasukan keselamatan kita.
“Dan kami beruntung kerana kita mendapat penerangan dari bekas jeneral kanan askar yang menerangkan keadaannya dan kemungkinan ia boleh ditangani dengan pantas,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada sidang media selepas satu forum anjuran pejabat beliau di Kuala Lumpur petang semalam.
Memetik Malaysia Kini, Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil sikap “bersedia dan tegas” dalam dasar keselamatan mereka.
“Apabila berurusan dengan kumpulan militan, kerajaan perlulah bersedia dan tegas.
“Itu sewajarnya telah jelas dalam polisi keselamatan kita,” katanya sambil menambah, rakyat Malaysia bukan menentang orang Sulu tetapi menentang penceroboh bersenjata.
Beliau turut menyeru agar isu pencerobohan yang merupakan isu keselamatan negara tidak dikaitkan dengan isu pilihan raya.
“Saya lebih gemar mengasingkan isu berkaitan keselamatan nasional ini daripada isu pilihan raya,” katanya.

0 Komen pengunjong :