DALAM
ramai-ramai Perdana Menteri di Malaysia, Najiblah yang paling lama
memerintah tanpa mandat rakyat. Jika zaman Tun M, selepas sahaja beliau
ditabal menggantikan Hussein Onn beliau terus panggil pilihan raya umum.
Begitu juga dengan Pak Lah, mantan PM yang ditendang keluar oleh UMNO.
Tak lama selepas naik takhta menggantikan Tun M, beliau terus bubar
Parlimen untuk pastikan beliau kukuh dalam kuasa politiknya dan memang
beliau berjaya pada 2004.
Tapi Najib, beliau dah naik singgahsana selama empat tahun tapi masih
ragu-ragu nak bubarkan Parlimen. Kononnya beliau yakin sangat, dia ke
hulu ke hilir mencanang bahawa beliau tiada masalah nak hadapi pilihan
raya umum. Tapi nampaknya kata-kata beliau itu tak boleh pakai, kata
berani tapi tak berani berdepan. Jemputan berdebat dengan Anwar pun
sampai ke sudah tak menjadi.
Dalam ramai PM di Malaysia, Najib juga satu-satunya PM yang paling
banyak menghabiskan duit secara tunai atas nama rakyat. Beliau kata
kerajaan ada duit, ekonomi pun bagus. Dia beri bermacam-macam imbuhan tu
atas alasan kerana nak membantu rakyat, tapi kita nak soal, adakah
rakyat sedang susah dan terhimpit dengan segala macam bebanan kos sara
hidup yang melambung tinggi? Kalau ekonomi bagus, kenapa rakyat susah?
Nampaknya, kata-kata Najib ini tak boleh pakai sebab lain yang dikata, lain pula yang dibuat.
Dalam ramai-ramai PM di Malaysia, Najib jugalah satu-satunya PM yang
terpaksa menggunakan khidmat perunding imej luar (APCO) untuk membantu
menggilap imejnya di mata dunia dan rakyat. Ini pelik kerana jika Najib
berimej bersih dan suci, mengapa perlu menghabiskan puluhan juta untuk
menaikkan imejnya?
Biasanya, orang yang guna khidmat perunding imej ni selalunya
bermasalah dari segi ‘imej’nya. Kadangkala imej atau namanya buruk, ada
trek rekod yang kotor atau ada masalah ketidakyakinan diri bila berdepan
dengan rakyat. Jadi, adakah Najib mempunyai satu daripada masalah itu?
Nampak gayanya, sikap Najib ini tak boleh pakai. Lain yang diniatkan, lain pula yang dikerjakan.
Katanya lagi, Najib juga merupakan satu-satunya PM yang gagal
mengawal tindak-tanduk isterinya dalam politik. Dulu, isteri PM,
semuanya berperanan sebagai pengiring PM dalam setiap gerak-kerja
politik tetapi isteri Najib lain pula kisahnya.
Katanya, setiap kali Rosmah menjalankan ‘tugasnya’ sebagai isteri PM,
pengiring beliau melebihi pengiring PM. Apalah nak jadi dengan PM Najib
ni. Kalau ikut budaya Melayu, suami yang tak tahu jaga kelakuan isteri,
tu petanda dia ketua yang tak bagus. Tapi entah la, biar rakyat yang
tentukan.
Kini, Najib nampak serba tak kena. Daripada sehari ke sehari tarikh
PRU-13 yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Yang terlepas entah
berapa kali. Sekarang, Najib terpaksa manfaatkan masa ‘kecederaan’ untuk
memastikan suasana berpihak kepadanya sebelum mengumumkan pembubaran
Parlimen.
Seperti main bola sepak, masa kecederaan ini sangat genting. Bagi
pihak yang di depan, suka sangat tendang bola keluar garisan tepi.
Tetapi bagi pasukan yang sedang ketinggalan, pastinya akan menggunakan
kesempatan ini dengan menagih ehsan pengadil untuk mendapat sepakan
penalti.
Mereka akan guna pelbagai helah untuk menjatuhkan badan seolah-olah
dikasari oleh pihak yang dah di depan. Kalau boleh, dia mahu pengadil
sengaja memberikan kad merah untuk pemain lawan. Inilah taktik permainan
bola sepak.
Adakalanya dalam politik, taktik sebegini akan digunakan, lebih-lebih
lagi diwaktu ‘masa kecedaraan’. Kita berdoa moga-moga PR tak leka dan
terlalu selesa dengan keadaan ini. Selagi wisel penamat belum berbunyi,
pastikan bola sentiasa dikawal di kaki kita.
-Roketkini.com
Mondy diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
4 days ago
0 Komen pengunjong :