Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Manifesto Rakyat: Mahathir guna jawapan fotostat

Manifesto Rakyat: Mahathir guna jawapan fotostat KUALA LUMPUR- Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tidak malu menggunakan ‘jawapan fotostat’ untuk mempertikai Manifesto Rakyat.
"Dah tak ada hujah yang masuk akal nak guna untuk sanggah manifesto kita, guna jawapan fotostat pun Dr Mahathir tak malu dah," katanya.
Mahfuz menyifatkan dakwaan Dr Mahathir bahawa manifesto Pakatan Rakyat (PR) itu boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis sebagai jawapan fotostat.
"Kita dah agak dari awal lagi mereka akan fotostat hujah kitar semula itu untuk menolak Manifesto Rakyat.
"Saya difahamkan, tak sampai sembilan jam selepas diumumkan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan penuh histeria meratib-ratib perkataan bankrap dan muflis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Isnin lalu, PR melancarkan Manifesto Rakyat dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat' di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Dua hari selepas itu, PR mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan tersebut.
Setakat berita ini ditulis, tidak ada laporan yang menyatakan BN menyambut cabaran berdebat itu.

0 Komen pengunjong :