Belum
lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyat
untuk membeli semuka penuh iklan di akhbar Washington Post bagi tujuan
mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampang
pula iklan
Moving Forward Together With Najib Raza’ di laman utama Youtube.
Promosi habis-habisan pembinaan imej Presiden Umno dalam rangka untuk
mengekalkan tampuk kuasa menjelang PRU13 ini, tentunya menelan jutaan
ringgit lagi wang rakyat.
Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada
di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan
Presiden Umno ke seluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar
dari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat sama ada pesawat
khas yang dinaiki, helikopter, sekolah atau premis milik rakyat,
peruntukan jamuan yang dibayar dari duit rakyat, cenderahati untuk
Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat, belum lagi dikira kakitangan
kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerah hadir
ke program Presiden Umno dengan dibayar sagu hati dari duit rakyat juga.
Pendek kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuan
kempen mengekalkan kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya
bermakna bukan hanya yang penyokong Umno dan BN.
Memang tepat ungkapan bahawa Umno akan mati bila hilang kuasa, kerana
tonik yang memacu kelangsungan umno adalah wang dan wang tersebut
adalah wang rakyat!
Hanya dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno!
Bagaimana caranya?
Sangat mudah bagi mereka yang berada di puncak kuasa.
BR1M, Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi
sebelum menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan
panjang dari pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit
tersebut mak bapak Umno yang bagi.
Persoalan lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umno
benar-benar terdesak dan berada dalam kedudukan defensif menjelang
‘pertempuran’ paling sengit di medan PRU13 nanti?
0 Komen pengunjong :