Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Lahad Datu: Kegagalan perisikan pertahanan membenteras pencerobohan musuh negara

Lahad Datu: Kegagalan perisikan pertahanan membenteras pencerobohan musuh negara MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN (MRK) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
MRK peka dengan perkembangan peristiwa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah kerana pertumpahan darah tersebut sepatutnya tidak berlaku jika pihak Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara bertindak cepat, tegas dan tidak bertolak ansur dengan musuh Negara yang menceroboh perairan Negara dan membolos masuk menggugat dan mencabar kedaulatan Negara.
MRK sangat sedih kerana kelemahan pihak perisikan Negara dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan yang hanya sibuk memantau aktiviti ahli-ahli politik pakatan rakyat sehingga terlepas pandangan kepentingan menjaga dan mempertahan perairan Negara dari dicerobohi musuh Negara. Bahagian Perisikan Tentera sepatutnya fokus dengan amanah yang dipertanggungjawabkan  menjaga keselamtan Negara demi rakyat.
Justeru, MRK mengesa agar pihak Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib Razak berhenti bermain politik dan memikul tanggungjawab sepenuhnya kegagalan dan kelemahan yang berlaku dalam mengurus peristiwa di Lahad Datu, Sabah. BSPP bertanggung jawab penuh keatas kegagalan ini.

SEKRETARIAT
MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN

0 Komen pengunjong :