Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar fail saman terhadap TV3, Utusan esok

KUALA LUMPUR 7 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfail saman ke atas Utusan dan TV3, esok berikutan kedua-dua media kawalan itu menerbitkan laporan fitnah berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Ia akan difail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.30 pagi, kata peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya pada kenyataan media, petang ini.
Saman difail berikutan laporan media itu kononnya Anwar terlibat dalam kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.
Utusan Malaysia sebelum ini menerbitkan laporan bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan  ‘Tiga kumpulan jadi dalang’ dengan mentohmah penglibatan Anwar dengan kumpulan berkenaan.
TV3 pula menggunakan istilah ‘dalang’ ketika mengaitkan Anwar dalam kejadian itu.
Berikutan itu, Anwar pada 4 Mac lalu menuntut TV3 dan Utusan membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik tuduhan, ganti rugi masing-masing RM100 juta.
Bagaimanapun, tohmahan media kawalan Umno terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin tersasar berikutan Kesultanan Sulu menafi dakwaan pembangkang Malaysia terlibat.
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari portal berita Filipina, Interaksyon.com 4 Mac lalu.

1 comment :

  1. Saman ia lah satu kaedah untuk mendapat wang tetapi berbanding dengan tanaman kelapa sawit,tanam padi,korek bijih,mendulang emas,menjual capati ia meningkat pengeluaran negara jadi mengukuhkan ekonomi. Saman hanya pemindahan wang kepada yang menang tetapi tiada menjana kekayaan negara.So elak kan saman menyaman lebih elok lawan boxing macam Labu dan Labi ia menjana industri hiburan. Saman menyaman ada faedah nya juga kerana meningkat penjualan surat khabar.Cuma minda rakyat jadi kusut dan kurang produktif.

    ReplyDelete