Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Allah maha besar, buktikan kebenaran- Anwar

SONY DSC

PULAU PINANG 9 Mac: Pengakuan bapa kepada Saiful Bukhari Azlan bahawa kes Fitnah II merupakan konspirasi politik bukti kebenaran akhirnya terserlah jua, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pengakuan  Azlan Lazim yang antara lain mendedahkan kes berkenaan dirancang pegawai khas perdana menteri.
Malah, Azlan turut memohon maaf kepada Anwar dan menyatakan fitnah tersebut menyebabkan ketua umum KEADILAN itu dan keluarga menanggung derita.
“Penafian di buat oleh Azlan tersebut sama sepertimana penafian saya sebelum ini, bahawa saya tidak bersalah dan tidak terbabit dalam dakwaan yang berbentuk konspirasi tersebut.
“Allah Maha Besar. Ia akan membuktikan kebenaran kepada mereka yang tidak bersalah dan dizalimi,” jelas Anwar.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, Esplanade, Pulau Pinang sempena ulang tahun ke 5 pemerintahan Pakatan Rakyat semalam.
Terdahulu dalam ucapannya, Anwar membidas perdana menteri dan media kawalannya kerana mengaitkan beliau dengan insiden serangan di Lahad Datu, Sabah.
Katanya Umno BN memainkan isu lagu yang sering dinyanyikan ‘Tanya sama Najib’ ketika ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, dengan tragedi berkenaan.
“Saya menyanyikan lagu ini sejak enam bulan yang lalu. Maksud saya ialah Sabah tidak akan hilang dari Malaysia.
“Sebaliknya Umno dan BN akan hilang dari Sabah dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“Takut dengan kebangkitan rakyat, Umno dan BN terus menipu dengan mengaitkan serangan penceroboh di Lahad Datu sebagai ungkapan lagu tersebut,” tambahnya disambut sorakan gemuruh hadirin.
Hadir sama dalam himpunan tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1 , Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P. Ramasamy dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man. – RM

0 Komen pengunjong :