Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PRU13: Mahathir tidak perlu bermimpi buruk

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu bermimpi buruk lagi dengan andaian karut bahawa  jika Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam pilihan raya akan datang, Malaysia akan dibanjiri dengan lebih banyak keganasan.
“Andaian Tun Dr Mahathir keterlaluan kerana PAS bersama Pakatan Rakyat telah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali dan tidak pernah melakukan keganasan sejak menyertai PRU,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu bermimpi buruk lagi dengan andaian karut bahawa  jika Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam pilihan raya akan datang, Malaysia akan dibanjiri dengan lebih banyak keganasan melalui demonstrasi awam serta melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat.

Andaian Tun Dr Mahathir keterlaluan kerana PAS bersama Pakatan Rakyat telah melalui pilihan raya umum sebanyak 12 kali dan tidak pernah melakukan keganasan sejak menyertai PRU.

Selain itu, kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Fauzi Shaari yang meramalkan keadaan aman dan tidak berlaku kekecohan jika PR berjaya menakluk Putrajaya selepas PRU13 memberi jaminan bahawa PR akan menghidupkan demokrasi negara ini dengan cara bersih. Sepertimana yang berlaku di Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu (1999) dan Pulau Pinang, PR tidak pernah mencetuskan huru hara.

Kenyataan Datuk Fauzi Shaari yang merupakan bekas pegawai tertinggi PDRM sepatutnya melegakan Tun Dr Mahathir dan insan sepertinya.

PAS dan PR bukan jenis yang suka menimbulkan huru hara dan melanggar ruang demokrasi  negara ini. Malah, PR bersedia menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 dengan hati terbuka jika ianya diadakan dengan cara yang betul.

Sebaliknya, yang mungkin menimbulkan huru hara adalah pihak lain kerana rakyat sudah ada rekod bagaimana cara kotor digunakan untuk merampas kerajaan yang dimenangi melalui proses pilihan raya.

Ambillah pengajaran dari kejatuhan kerajaan sah di Perak melalui cara kotor yang sehingga ke hari ini rakyat negeri tersebut tidak dapat melupakannya.

Malangnya, Tun Dr Mahathir melupakan kejahatan masa lampaunya dan bagaimana taktik kotor digunakan bagi memenangkan UMNO-BN dalam pilihanraya umum melalui projek pemberian kad pengenalan dan hak mengundi kepada warga asing sekitar 1990an di Sabah.

Projek RCI mendedahkan bahawa yang melakukan apa sahaja untuk menang PRU termasuk dengan cara kotor adalah UMNO-BN, bukan pembangkang.

Kenyataan Tun Dr Mahathir sebenarnya suatu amaran supaya PR tidak bangkit membantah terhadap apa juga strategi yang mereka lakukan, termasuk cara kotor.

Apa yang telah berlaku di Sabah, Terengganu (2004)  dan sedang berlaku di Selangor adalah suatu modus operandi bagi menjatuhkan kerajaan PR melalui kaedah songsang setelah melihat arus kebangkitan rakyat yang sukar disekat.

Justeru, amaran juga wajar diberi kepada Tun Dr Mahathir dan pemimpin UMNO supaya menghormati nilai demokrasi dan pilihanraya di negara ini secara jujur, adil dan bersih.

Akuilah apa juga keputusan rakyat dalam PRU13 dan jangan sesekali menafikan keputusan tersebut dengan mencipta pelbagai helah.

Riduan Mohd Nor
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 Komen pengunjong :