Presiden Jati Tak Belajar Akaun, Buat Tudahan Tanpa Fakta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKsYcgD6miM_Vn6xX2EDsBzvHncbgByDtORXT1RF1plvbvbeKEosQqiK0u_5ktrinUq1BI8C_JGs6FGX2PB_6XhDTEvJAFZuQFCM6mOzdCgpuOGQqODdoYmT7Ofl5xQh4r6ffJLN7Njng/s640/hassan-ali999.jpg

SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk baikpulih jalanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Abdul Khalid berkata jika terdapat unsur salahguna atau penyelewengan seperti yang didakwa Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali, Hasan diminta laporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Lebih baik Hasan mengajukan perkara itu ke SPRM, buat apa hanya cakap-cakap sahaja, Kerajaan Negeri tidak menggunakan duit seperti yang didakwanya,” katanya.
Abdul Khalid ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Stadium Melawati malam tadi.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat dakwaan itu dalam satu program debat bersama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Sijangkang, minggu lalu.
Hasan turut mendakwa wang rezab simpanan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2.5 bilion adalah wang peruntukan Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Ketika mengulas dakwaan itu Abdul Khalid berkata Hasan hanya bercakap kosong tanpa memberikan fakta.
“Saya fikir dia tidak belajar ‘accounting’ (bidang akaun), jangan malukan penjawat awam,” katanya lagi.
Dilaporkan sebelum ini bahawa sehingga Oktober 2012, wang rezab simpanan Kerajaan Negeri di sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) telah meningkat sehingga RM 2.57 bilion.
Ini berbanding kurang RM 500 juta ketika pentadbiran Umno-BN pada 2007.
Ini berikutan strategi yang digunapakai Kerajaan Negeri yang berkesan dan kurang risiko dengan melabur dalam simpanan bank dan institiusi kewangan Malaysia.

1 comment :

  1. Tetapi ia tidak akan menjadikan kita syirik. Membenarkan bukan Islam mengunakan Kalimah ALLAH dalam Biblenya akan hanya mengundang kemurkaan ALLAH.
    Kenapa kita menutup kelemahan yang pasti mampu mengubah akidah dan keimanan kita terhadap ILLAHI...Auzubillah....

    ReplyDelete