Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

BN bazir RM2 juta bawa ‘Gangnam’, rakyat miskin terabai

Najib K Pop

KUALA LUMPUR 4 Feb: Perbelanjaan BN membawa penyanyi pop Psy yang popular dengan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ dan tarian kuda sebanyak RM2 juta adalah pembaziran melampau ketika rakyat dibebani kos sara hidup tinggi dan dihimpit kemiskinan.
Mengulas demikian, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, kerajaan gagal memikirkan strategi terbaik untuk menarik sokongan rakyat pada acara sambutan Tahun Baru Cina itu.
Katanya, MCA dan Gerakan khusus di Pulau Pinang makin hilang keyakinan untuk memulihkan imej politik apabila memilih tindakan membazir itu.
“MCA dan Gerakan gagal memilih program yang baik untuk sambutan Tahun Baru Cina dengan menjemput Psy sekaligus menunjukkan mereka hilang tarikan dan arah tuju politik untuk menarik sokongan dan kehadiran ramai orang ke program BN,” katanya ketika dihubungi.
Tian berkata, tidak mustahil masih banyak lagi pembaziran wang rakyat oleh Umno BN secara tersembunyi.
“Pembaziran secara jelas tersebut boleh diguna untuk meringankan beban ramai lagi rakyat miskin,” ujar Ahli Parlimen Batu itu.
Penyanyi Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang Sekolah Han Chiang, lokasi menjadi simbolik kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada Pilihan Raya 2008.
Psy dilaporkan oleh portal hiburan tempatan meminta penganjur konsert dari Malaysia sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) jika mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
Acara ini dijangka akan turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Difahamkan, dengan kos RM2 juta itu, Psy mungkin akan membuat penampilan ringkas hanya sejam.
Mengulas sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru Malaysia mengambil iktibar kejayaan dicapai Korea Selatan sehingga mampu mencapai taraf negara maju.
“Jangan mengagumi Psy dan Gangnam Style tetapi lebih penting lakukan perubahan dalam PRU 13 sebagai pra-syarat memacu Malaysia setaraf Korea Selatan,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.
Beliau berkata, langkah BN menjemput Psy adalah senjata rahsia Najib untuk menarik 60,000 pengunjung sempena Rumah Terbuka BN Pulau Pinang.
Dalam isu berasingan, Kit Siang menolak tuduhan kononnya perubahan kerajaan pasca PRU 13 akan huru hara seperti ‘Arab Spring’ dan Malaysia akan bankrap beberapa tahun selepas itu sebagai tidak berfakta.
“Pakatan akan melakukan reformasi ekonomi dan politik dengan meniru Korea Selatan yang mampu menjadi negara maju walaupun lewat 1960an dulu, negara itu antara paling miskin di dunia,” jelasnya dalam kenyataan.

0 Komen pengunjong :