KUALA LUMPUR:
Amat menyedihkan untuk melihat menjadi-jadinya penyimpangan dan
histeria Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ke tahap merayu ahli
MCA memberikan tepukan kepada ucapannya dan pemimpin parti itu lain
dalam acara terbuka seperti “makan malam mega” yang diadakan di seluruh
negara.
Demikian dinyatakan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam
satu kenyataan semalam sebagai respons kepada Chua yang membuat rayuan
itu ketika majlis makan tengah hari sambutan ulangtahun MCA ke-64
Wilayah Persekutuan di Kepong kelmarin.
Katanya, tetapi apa yang Chua dapat daripada ahli MCA yang hadir
hanyalah sambutan yang dingin dan tidak sepenuh hati meskipun
berkali-kali merayu tepukan untuk ucapannya.
Malah, ujarnya Chua cuba untuk mengelirukan ahli MCA untuk
mengukuhkan rayuannya meminta ahli MCA untuk mencontohi DAP dengan
mendakwa bahawa apabila pemimpin DAP bercakap atas pentas, ahli DAP di
bawah akan menyambut tanpa henti dengan tepukan untuk memberikan
gambaran apa yang dikatakan adalah betul.
Begitu juga, katanya Chua meminta ahli MCA untuk melakukan perkara
yang sama dengan memberikan tepukan gemuruh kepada pemimpin MCA ketika
mereka bercakap atas pentas untuk mewujudkan keyakinan buat MCA.
“Pertama sekali, izinkan saya nyatakan sepanjang 47 tahun di dalam
politik, saya tidak pernah merayu supaya ucapan saya diberikan tepukan
dan sorakkan dan begitu juga dengan semua pemimpin DAP yang lain,”
ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Kedua, jelasnya jawapan mudah kepada Chua adalah bukan sahaja orang
biasa, tetapi juga ahli MCA yang berasa marah dan terasing dengan
lakonan yang dimainkan oleh kepimpinan MCA sebagai penyebar pembohongan
dan ahli nujum mala petaka bagi membantu Umno untuk menakut-nakutkan
pengundi Cina bagi menyokong Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum
ke-13.
Tambahnya, bukan saja kebanyakan rakyat Malaysia yang berfikir, sama
ada orang Cina, Melayu, India, Kadazan dan Iban, tetapi majoriti besar
ahli MCA yang baik, yang dapat melihat di sebalik sifat penakut, tidak
jujur dan kepura-puraan politik penipuan dan pembohongan yang dilakukan
oleh pemimpin MCA dan Umno.
Ini, katanya dengan pemimpin MCA yang agenda utama mereka adalah
untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dengan penipuan bahawa DAP adalah
pak turut PAS sementara pemimpin Umno melakukan perkara yang sebaliknya
iaitu menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan menuduh PAS adalah boneka
DAP.
Menurutnya lagi, sama ada DAP adalah pak turut PAS atau PAS adalah
boneka DAP, hanya salah satu yang mungkin kerana keduanya tidak mungkin
betul.
“Dan dalam kes ini, kedua-dua propaganda bercanggahan MCA dan Umno
adalah salah kerana kedua-dua adalah penipuan dan pembohongan.
“Inilah yang pada dasarnya membezakan Pakatan Rakyat daripada Barisan
Nasional. Barisan Nasional hanya perikatan dari segi nama namun Umno
memaksakan budaya politik ‘Listen, listen, listen’ dengan Umno sebagai
hagemoni yang tidak dipertikaikan dalam BN,” katanya.
0 Komen pengunjong :