Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bukan hak beliau untuk menentukan nasib Nasha : Presiden Pas


PETALING JAYA: Nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan ditentukan oleh PAS kawasan yang disertainya iaitu Bachok, kata Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, bukan hak beliau untuk menentukan nasib Nasharudin yang dipecat dari ahli majlis syura PAS minggu lalu.
Nasharudin merupakan ahli PAS kawasan Bachok di mana beliau juga ahli parlimen kawasan tersebut.
“Kawasan yang  kemukakan calon. Nasib dia Tuhan tahu, tunggu (sampai masa) nama calon,” kata Abdul Hadi seperti dilapor organ parti PAS Terengganu, Buletin Online .
Abdul Hadi berkata demikian selepas bertemu bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di rumahnya di Marang hari ini.
Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad yang dihubungi memberitahu pertemuan itu bukan PAS menawarkan kerusi kepada Dr Asri bertanding dalam pilihanraya.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS itu  membayangkan akan meletakkan bekas pemimpin Umno untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
“Saya berkeyakinan tinggi pada pilihan raya akan datang terdapat di kalangan calon-calon parti terdiri dari bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS,” katanya lagi.
Di antara bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS ialah Datuk Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba.
Manakala yang lain ialah bekas tokoh korporat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dan bekas pegawai kanan polis, Datuk Fauzi Shaari.

0 Komen pengunjong :