Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Samakan projek IC Sabah dengan era Tunku, Dr M nyanyuk


KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap menghina parti Perikatan apabila menyamakan pemberian kad pengenalan (IC) di Sabah pada zaman beliau dengan pemberian kerakyatan kepada masyarakat bukan Melayu sebelum merdeka.
Presiden Malaysian Indian Progresive Association (Mipas), A Rajaretinam berkata, dalam isu ini, Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman bertindak berlandaskan perjanjian kontrak sosial yang dipersetujui komponen parti utama Perikatan iaitu Umno, MIC dan MCA.
Mengikut syarat tuntutan kemerdekaan, katanya, hak kerakyatan mesti diberi kepada bangsa Cina dan India sebagai pra-syarat tuntutan kemerdekaan.
“Tetapi hari ini, Mahathir menyamakan perbuatannya memberi IC di Sabah dan kerakyatan kepada warga pelarian dari Selatan Filipina dan Indonesia dengan tindakan Tunku. Ini penghinaan dan penderhakaan.
“Mahathir yang dianggap negarawan ulung bersikap kurang ajar dan biadab. Nampaknya beliau sudah tua dan nyanyuk,” jelasnya kepada pemberita pada ‘Protest Gathering Against Mahathir’ di Little India, Brickfileds tengah hari tadi.
Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungkai, A Sivanesan; Setiausaha Agung Angkatan Warga Aman, S Barathidasan; wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Melaka; wakil KEADILAN dan menghimpunkan 21 NGO lain seperti Rakan Pakatan Rakyat (Rapat), Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI), Selangor Action Force (SAF) dan aktivis politik.
Protes itu menuntut pendirian rasmi tiga komponen BN – Umno, MIC dan MCA berhubung isu tersebut.
“Pertamanya, apakah Umno bersetuju kenyataan Mahathir? Kenapa Datuk Seri Najib (Razak) tidak tegur atau membantah Mahathir?
“Isu kedua ialah tindakan Mahathir di Sabah adalah ‘pemerkosaan’ hak rakyat Sabah,” katanya.
“Mesti ingat, Sabah bukan negeri dalam Malaysia tetapi Sabah membentuk Malaysia kerana Sabah merupakan sebuah negara ketika penubuhan Tanah Melayu.
“Tetapi Mahathir salahguna kuasa dengan menyeleweng pemberian status kerakyatan kepada pendatang, pelarian malah pengganas. Mereka ini tidak layak mendapat status kerakyatan. Ini dosa besar yang tidak boleh dimaafkan rakyat,” ujarnya.
Rajaretinam berkata, pihaknya merancang mengadakan bantahan besar Februari ini melibatkan ribuan peserta.
“Ini mukadimah sahaja. Kita akan jelajah seluruh negara terangkan situasi sebenar.  Bagaimana kerakyatan ini diberi, apa yang disetujui Raja-raja Melayu dan komponen parti Perikatan.
“Bukan Tunku yang menentukan pemberian. Ini tindakan kolektif parti Perikatan selepas menerima nasihat Raja-raja Melayu, penasihat British.
“Tetapi pada 90-an, Mahathir bertindak secara tersorok-sorok. Tidak berbincang dalam kabinet dan tidak bawa perkara ini ke Parlimen. Tiada arahan bertulis seperti surat pekeliling dikeluarkan kepada jabatan berkaitan untuk diambil tindakan.
“Jelas, ini muslihat Mahathir untuk menang pilihan raya,” kata Rajaretinam.
Sepanduk kecaman seperti “Pengkhianat Negara”, “Penipu Besar”, “Manusia Paling Hina” dan “Pendusta Negara” turut diangkat membantah kenyataan Mahathir.

0 Komen pengunjong :