Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib berkata dakwaan Deepak adalah tidak benar dan tidak berasas


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan penglibatannya dalam draft akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibu pada 2006.
Beliau berkata dakwaan usahawan karpet, Deepak Jaikishan adalah tidak benar, malah menepis dakwaan itu dan menyifatkan ianya tidak berasas.
Perdana menteri itu turut berkata Deepak juga bukanlah seorang yang mempunyai kredibiliti.
"Tidak benar. Deepak bukanlah seorang yang 'credible'," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini.
Deepak sebelum ini mengakui beliau telah membantu mendapatkan penyiasat persendirian, bagi menukar akuan bersumpah pertama berhubung perkara itu, termasuk mencari dua peguam untuk mendraf akuan baru.Majlis Peguam juga sedang menjalankan siasatan berkenaan identiti peguam yang terlibat dan kemungkinan berlakunya kesalahan dalam proses mendraf akuan bersumpah Balasubramaniam berkenaan pembunuhan Altantuya.
Misteri mula menyelubungi identiti sebenar peguam yang menyiapkan akuan bersumpah kedua Balasubramaniam, bertarikh sehari selepas akuan pertama pada 3 Julai 2008, berhubung pembunuhan Altantuya, yang menyaksikan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dijatuhkan hukuman bunuh kerana didapati bersalah melakukan pembunuhan tersebut.
Peguam Americk Singh Sidhu menjelaskan Deepak sudah membersihkan Arunampalam - dimana penjual karpet itu pernah menggunakan khidmatnya untuk menguruskan urusan hartanahnya - sebagai seorang yang disyaki menulis SD kedua itu.
Beliau juga berkata kesemua klu dikumpul untuk Majlis Peguam bertindak dan menyiasat badan berkenaan bagi menyemak senarai peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik yang dinamakan di dalam akuan bersumpah Balasubramaniam untuk menyoal siasat mereka semasa inkuiri.
Beliau menjelaskan hanya peguam yang mahir sahaja mempunyai akses kepada golongan tertentu yang dinamakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam, daripada 14,000 anggota Majlis Peguam.
Peguam terkenal, Tan Sri Cecil Abraham, yang turut dikaitkan dengan perakuan bersumpah kedua itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan berkenaan dakwaan beliau terlibat menyiapkan dokumen tersebut

0 Komen pengunjong :